DIA NI SEDAR ATAU MENGELAMUN : NETIZEN KECAM PEJA LEBIH LEBIH PULAK BUAT PELANCARAN SUKARELAWAN BANJIR

 


Panas! Netizen kecam majlis pelancaran sukarelawan banjir yang dirasmikan Peja


Bekas perdana menteri, Najib Razak menegur majlis pelancaran skuad Sukarelawan pasca banjir yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu di ibu negara hari ini.

Pada majlis berkenaan, Ahmad Faizal dilihat segak memakai baju Melayu berwarna merah menyala, lengkap bersamping dan bersongkok.

Langkah itu turut menerima kecaman netizen yang berpendapat majlis seumpama itu tidak perlu diadakan ketika beberapa negeri berdepan keadaan kritikal akibat banjir dan memerlukan tindakan pantas daripada kerajaan.

“Rasanya benda macam ini tak perlu buat signboard dan majlis pelancaran rasmi.

“Gerakkan dan bantu dengan segera saja,” kata Najib yang turut memuat naik gambar Ahmad Faizal sedang berucap pada majlis berkenaan.

Susulan daripada itu, Ahmad Faizal berkata dia menerima teguran yang dibuat ahli parlimen Pekan itu.

“Saya setuju dengan apa dikatakan oleh Najib Razak tidak perlu majlis pelancaran rasmi dan juga paparan digital.

“Ini adalah pengumuman mobilisasi gerak kerja sukarelawan pasca banjir belia seluruh negara. Pihak KBSMalaysia akan memperbaiki dan memperbetulkan apa yang sepatutnya,” katanya dalam hantaran di Facebook, seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan Ahmad Faizal berkata, KBS di semua peringkat turun membantu bagi meringankan beban mangsa banjir di kawasan yang terjejas.

Katanya, KBS juga bersedia menawarkan fasiliti-fasiliti seperti Kompleks Belia dan Sukan Negeri-Negeri, 22 Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan dan Pusat Belia Antarabangsa sebagai pusat pemindahan sementara.

“Di samping fasiliti, KBS juga menyediakan tenaga sukarelawan belia yang dikenali sebagai Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS.

“Skuad Sukarelawan ini digerakkan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Eight For Aid & Kelab Team KBS sendiri.

Katanya, tenaga kerja sukarelawan ini akan memfokuskan kepada kerja-kerja pasca bencana iaitu kerja-kerja pembersihan.

“Selain itu, skuad ini akan turut sama mendapat bantuan dari Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang akan membantu kerja-kerja baik pulih berskala kecil,” jelasnya.