ANWAR BATALKAN PROGRAM RESMI DI SABAH UNTUK TURUN MENEMUI MANGSA-MANGSA BANJIR

 



Di kala rakyat bergelut dengan hidup atau mati akibat bencana banjir yang luar biasa kali ini, ada parti yang selamba saja mengadakan perhimpunan parti mereka. Sebaliknya, Ketua Pembangkang dan Presiden Keadilan, DS Anwar Ibrahim telah turun menemui mangsa-mangsa banjir dan serta merta membatalkan program resmi beliau di Sabah.
Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan mesti proaktif dan cepat menghantar bantuan, terutamanya makanan panas, selimut dan barang keperluan anak-anak yang masih kecil.
Beliau turut menggesa kerajaan negeri dan persekutuan beri jaminan tegas terhadap kebajikan semua mangsa banjir.
Semua Pusat Pemindahan Sementara juga mesti dipastikan lengkap dengan kemudahan asas bagi menjamin keselesaan mangsa-mangsa banjir. Beliau tidak mahu sikap dan prestasi sambil lewa dan usah menambah beban yang dipikul rakyat.
Kerajaan tebuk atap ternyata gagal tangani musibah ini dengan cekap. Kekurangan jentera dari banyak jabatan dan agensi yang sepatutnya digerakkan dengan pantas ternyata gagal dilaksanakan. Kita lebih banyak melihat mangsa-mangsa banjir dibantu oleh rakyat sendiri atau NGO dan juga beberapa pihak yang bersimpati.
Kerajaan ini memang gagal dan memalukan!! Ramai yang menyuarakan rasa marah serta hilang kepercayaan terhadap kerajaan di dalam menangani musibah ini secara pantas. Untuk memujuk perasaan rakyat, apakah dengan pengumuman bantuan mangsa banjir akan menutup kegagalan mereka?
WFAUZDIN NS




No comments: