TAK PAYAH LA JAJARAN BARU BAGAI- LATIH AHLI BAGI CERDIK DULU......NOREH KE BELUM..HUJAN NIH KAT ULU

 


Gempar !!! Mat Hasan dedah bakal ada jajaran baharu di Perak




Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan memberi isyarat awal jajaran baharu bakal terbentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bukan hanya terhad dengan kerjasama Perikatan Nasional (PN) sahaja.

Mohamad berkata BN sedia membuka pintu kerjasama dengan parti lain, berkemungkinan bersama Pakatan Harapan (PH) sekalipun sekiranya tidak mencukupi kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri baharu selepas PRN nanti.

Mat Hasan dedah bakal ada jajaran baharu di Perak

Adakah jajaran baharu bakal terbentuk selepas PRN Melaka?

“Kita terbuka kerjasama dengan sesiapa…tak bermaksud dengan PN sahaja, dengan sesiapa boleh… apa pasal semua orang boleh bekerjasama dengan semua orang, UMNO tak boleh.

“Ibarat cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar dengar. Jangan tutup pintu rapat sangat,” katanya menurut laporan dalam wawancara dengan Bernama.

Senario itu mungkin berlaku sekiranya BN hanya mampu mempertahankan 13 kerusi yang dimenangi sebelum ini, menurut Mohamad.

Isu jajaran baharu ini kali pertama dibangkitkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membayangkan bakal terbentuk jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP yang akan dikenali sebagai Perikatan 3.0 dan bukannya PN semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pendedahan terbuka Zahid itu secara tidak langsung mengukuhkan lagi khabar angin sebelum ini dengan menyifatkan langkah tersebut diambil sesuai dengan dinamik politik yang sedang berlaku mengikut perubahan dan keadaan politik semasa negara.

“Kedinamikan politik pasti berlaku saya lihat…saya bukan seorang nujum politik tetapi saya yakin kalau mahu disebut hala tuju atau kedinamikan itu kita lihat, selepas PRU15, sama ada ia akan diadakan dalam waktu terdekat, atau dalam tempoh yang hanya Allah Taala sahaja tahu kerana kalau mengikut cukup tempoh pilihan raya adalah pada tahun 2023.

“Pada ketika itu, saya hampir pasti bahawa akan ada sesuatu yang akan berlaku kepada UMNO, sebagai sebuah parti induk orang Melayu dan Islam, di mana ketika itu akan ada Perikatan 3.0 bukan Perikatan Nasional,” katanya semasa wawancara Program 75 Tahun Jubli Intan lalu.

Untuk rekod, langkah sama sebelum melibatkan kerjasama BN dan PH juga sudah berlaku di Perak apabila pembangkang, PH bersetuju dalam rundingan perjanjian keyakinan dan pembekalan (confidence and suppy agreement, CSA).

UMNO dan PH juga bekerjasama dalam menjatuhkan Menteri Besar Perak sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas kalah dalam undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akhir tahun lalu.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata langkah meletak calon muka baharu adalah satu pertaruhan yang besar bagi memastikan proses peremajaan parti tersebut dapat dilaksanakan.

“Saya tak mahu beretorik dan kita kata kita nak meremajakan parti, tapi balik-balik muka yang sama dan bila masa saya nak tampilkan muka (calon) muda.

“Esok kalau kita buat macam itu, anak muda akan lari daripada UMNO. Parti-parti lain menggamit anak muda seperti DAP, PKR,Bersatu, PAS… UMNO masih duduk dalam gua dia…tak boleh.

“Jadi PRN ini melambangkan (bahawa) yang UMNO benar-benar mentransformasikan parti. Ini yang saya buat. Betul ini satu perjudian, but inilah wajah UMNO yang nak saya bawa,” katanya.

Pada PRN Melaka kali ini, BN bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daripada jumlah itu, UMNO bertanding di 20 kerusi, tujuh MCA dan satu MIC.