Di dalam Mesyuarat kedua JK Pilihan Khas Pendidikan Parlimen (JKPKPP), pada 18 November 2021, kami telah membincangkan isu-isu berikut:
1) Emel rasmi JKPKPP untuk mendapatkan maklumbalas awam: jkpkpendidikan@parlimen.gov.my
2) FB rasmi JKPKPP untuk menyiarkan perkembangan terkini JKPKPP: https://www.facebook.com/Jawatankuasa-Pilihan-Khas-Pendidikan-Parlimen-Malaysia-100175842502147/
3) Jadual SPM yang baru diumumkan dilihat terlalu padat berdasarkan maklumbalas yang diterima dari ribuan para guru dan pelajar.
4) Isu Pentaksiran Setara Standard di awal kemasukan ke sekolah yang telah menimbulkan keluh kesah di kalangan guru.
5) KPM perlu memperbaiki sistem komunikasi mereka dan membalas aduan dan keluh kesah rakyat melalui UKK dan pelantar sosmed mereka seperti tahun-thaun 2018-2019 dahulu.
6) KPM sepatutnya memberikan autonomi dan berdayakan guru dan sekolah untuk menimbulkan keceriaan dan kegembiraan Kembali ke sekolah dan bukannya dibebankan dengan pelbagai laporan dan pentaksiran yang boleh dilakukan kemudian. Semangat para guru dan murid perlu dipulihkan semula, itulah keutamaannya.
7) Diskriminasi tidak berperikemanusiaan ke atas guru-guru yang tidak mengambil vaksin dihentikan dan kuasa diberikan kepada pihak sekolah dan PIBG untuk mewujudkan SOP yang bersesuaian dengan tuntutan dan keadaan setempat di samping memberikan tumpuan kepada kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.
Pelan dan intervensi ke atas Murid Bekeperluan khas (MBK)/ OKU dan perlunya mengambil bahan-bahan dari pihak luar yang lebih professional dan menarik, dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu untuk ditayangkan di DIDIKTV. Banyak bahan dari luar boleh dicapai secara percuma di Youtube dan pelbagai pelantar pembelajaran.
9) Perbincangan mengenai pelan pemulihan Pendidikan oleh KPM dengan membawa para wakil dari UNICEF, UNDP dan ahli Akademik (Dr Othman Talib, UKM). KPT meminta ditangguhkan ke minggu hadapan
10) Keciciran Murid (drop out) dan intervensi. JK bersetuju untuk melibatkan wakil-wakil rakyat MP dan ADUN setempat, merentasi parti untuk terlibat menanggani masalah keciciran bersama dengan PPD dan sekolah untuk membawa pulang murid-murid ke sekolah.