Rata-rata pengundi yang dilihat cenderung Pakatan Harapan (PH) melahirkan kebimbangan dengan sikap PH yang masih tidak berani menamakan calon Ketua Menteri.
Abd Rahman dari Dun Paya Rumput yang ditemui mencadangkan agar PH tetapkan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri.
“Bagi saya Adly Zahari (jadi pilihan) sebab dia bagus dan perform, tak banyak cakap” katanya.
Menurut beliau lagi, jika calon lain diketengah PH kemungkinan besar jumlah keluar mengundi bagi PH akan merosot teruk.
Hal ini menurut beliau, lebih baik Sulaiman sahaja yang jadi Ketua Menteri Melaka.
Sementara itu, pengundi cina di beberapa Dun melahirkan kebimbangan untuk turun mengundi.
“Jika kami turun mengundi kami terdedah Covid-19, tapi kami cuba jug auntuk menangkan Adly”, kata Chong yang ditemui di Dun Ayer Keroh.
“Tapi PH pun nampak sampai ada 3 calon, jika Adly Zahari tak dicalonkan saya dan keluarga tak perlu bazirkan masa keluar mengundi kali ini”, tambah beliau lagi.
Rata-rata pengundi yang ditemui memberi respon positif terhadap pentadbiran Adly walaupun hanya sempat menerajui Melaka selama 22 bulan.
Banyak polisi yang diperkenal Adly dilihat amat mesra kepada rakyat sehingga rakyat menaruh harapan terhadap tokoh dari Parti Amanah itu untuk kembali menerajui Melaka.
Pakatan harapan sehingga hari ini masih tidak mengumumkan calon Ketua Menteri sehingga timbul desas desus PKR sedang merancang untuk menobatkan Idris Haron sebagai calon Ketua Menteri.
Khabar angin bertiup kencang, seorang lagi calon PKR yang kini merupakan Ahli Parlimen bakal dinobat sebagai Ketua Menteri Melaka bagi PH.