BERSATU AKAN DIKHIANATI...

 

UMNO/BN is dead

PAS lwn UMNO... berita buruk buat PH

BERSATU AKAN DIKHIANATI...

Ramai peminat politik tanahair melihat pertembungan antara PN dan BN atau PAS terpaksa melawan UMNO merupakan satu berita yang sangat mengembirakan. Tapi bagi saya ia malapetaka buruk buat PH menjelang PRU15 nanti.

UMNO ini memang terkenal dgn perangai penyamun dan pembohong mereka tetapi mereka sgt bijak dari segi tektikal atau strategi politik. Sb itu dari pembangkang mereka menjadi sebahagian kerajaan dan akhirnya kembali menjadi kerajaan tanpa pilihanraya.

Walaupun hingga saat akhir PAS cuba memujuk UMNO utk bersama BERSATU tetapi mereka tolak mentah2.... kenapa? UMNO tahu tindakan mereka itu seperti menggantung diri sendiri tetapi keputusan itu diambil kerana mereka melihat lebih jauh dari PRN Melaka.

PRN Melaka tidak membawa apa2 perubahan politik negara walaupun mereka tewas. Menang hanya bonus tewas hampir pasti buat UMNO.

UMNO hanya menyulitkan sahaja utk menyerah baton. Tidak seperti apa dilakukan oleh PH utk mengelak rakyat menjadi mangsa PH menyerahkannya secara terhormat.

UMNO boleh hanya melibatkan 28 ahli Dewan Undangan Negeri dan bukan mengorbankan hampir 500 ribu rakyat Melaka utk turun mengundi.

UMNO tahu tindakan mereka bergerak solo umpama bunuh diri tetapi dgn hanya cara itu sahaja utk memisahkan perkahwinan BERSATU dan PAS.

PAS seperti kata Ku Li adalah pelacur dan seperti kata A Kadir Jasin adalah gigolo. Parti itu mana ada maruah atau prinsip. Mereka akn bersama hanya dgn parti-parti yang boleh memberikan mereka kuasa.

Ingat kata Tuan Ibrahim walaupun PAS curang (PRN Melaka bersama PN) tapi mereka tidak akn meninggalkan Muafakat Nasional. Ibarat seorang suami yg mengaku berselingkuh tetapi tetap tidak mahu menceraikan isterinya.

UMNO tahu PRN Melaka ini PN akn tewas teruk. Paling kuat PN hanya mampu memperolehi 1 kerusi sahaja itu pun kerusi dimiliki BERSATU. Hanya selepas itu sahaja atas faktor kekalahan tersebut mampu memusingkan fikiranPresiden yg berkuasa itu utk PAS meninggalkan BERSATU dan kembali kpd UMNO.

Dlm PAS kata2 Presiden ibarat wahyu yg tidak boleh disanggah. Lihat pemilihan PAS baru2 ini. Mereka yg dilihat bukan dari team 'Presiden' akn tewas.

Tuan Ibrahim berkata PAS tidak akn meninggalkan Muafakat Nasional. Dia tahu Presiden agak uzur ketika ini. Hanya orang terdekat yang mengetahui tahap keuzuran tersebut. Sy tidak berani menyebutnya biarlah keluarga terdekat atau parti umumkan sendiri.

Andaikata Tuan Ibrahim mengambil kedudukan sebagai Presiden... UMNO akn tersenyum lebar. Ia seperti sejarah di mana apabila TGNA meninggal dunia... UMNO begitu mudah utk 'membuli' PAS. Anda tidak percaya tunggu nanti bibit perceraian PAS dgn BERSATU.

Info terbaru dari rakan BN... BN atau UMNO boleh dikatakan mati pada PRN kali ini. Katanya Command Centre UMNO/BN sunyi dan mereka seperti tidak bersemangat. Yang datang pun katanya orang yang sama untuk makan sahaja.


NORMAN RADZUAN


May be an image of text that says "Nak tipu ahli Pas= Pakai kopiah cakap islam sedang terancam Nak tipu ahli Umno Pakai tengkolok cakap cina dah naik tocang"