Sebelum ini, pada 22 September lalu, Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak rayuan Masri Che Yusoff terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu Datuk Ahmad Bache bertarikh 26 Jun 2018 yang telah membenarkan saman dan tuntutan Datuk Husam Musa susulan satu tulisan berunsur fitnah di Facebook.
Masri melalui akaun Facebook miliknya pada 27 Oktober 2015 menyiarkan gambar dan tulisan yang menuduh Husam secara salah memberikan kepada sebuah syarikat tanah seluas 414.37 hektar..