Penulis
Harakahdaily mohon maaf, dakwa ‘tidak sengaja’
Oleh FAZLI RADZI / November 8 , 2021
Penulis Harakahdaily,
Roslan Shahir yang menulis, “Husam: PAN parti diktator” dan disiarkan di portal
rasmi Pas tersebut pada 14 September 2020 tampil memohon maaf hari ini.
Dia yang juga Setiausaha
Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor itu telah menuIis artikel tersebut selepas
merujuk kepada satu laporan The Malaysian Insight pada tarikh
sama bertajuk, “Husam letak jawatan naib presiden Amanah, kata sumber”.
“Saya secara tidak sengaja telah menerbitkan
berita yang disiarkan oleh portal The Malaysian Insight yang tidak dipastikan kesahihannya.
“Pun begitu, saya sedar bahawa kandungan artikel
tersebut boleh membawa maksud dan pemahaman yang berbeza kepada para pembaca
terutamanya kepada YB Mohamad bin Sabu apatah lagi setelah YB Mohamad bin Sabu
membuat penafian seperti yang disiarkan dalam satu laporan lain oleh portal The
Malaysian Insight pada 15 September 2020,” katanya hari ini.
Sehubungan itu, Roslan ingin
memohon maaf kepada Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota
Raja.
Dalam
masa sama, dia turut meminta pihak Harakahdaily menarik
balik penyiaran artikel tersebut.
“…
saya dengan seikhlas hati ingin memohon maaf kepada YB Mohamad bin Sabu
sekiranya artikel tersebut mengguris perasaan dan/atau mengaibkan nama baik YB
Mohamad bin Sabu.
“Saya juga telah meminta pihak Harakahdaily untuk menarik balik penyiaran artikel tersebut (sekiranya masih disiarkan) dan supaya tidak lagi menggunapakai dan membuat rujukan kepada artikel tersebut di masa hadapan,” katanya lagi.