BAB KENCING DAN KHINAT SERAH PADA PAK LEBAI LA...

 

Kini Pas kata terpaksa lawan Umno pula di Melaka



PH

PAS berasa sedikit kecewa apabila kini mereka terpaksa bertembung dengan Umno di tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Menurut laporan Malaysiakini, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, usaha rundingan itu mengambil masa yang panjang dengan menunjukkan hasil positif pada peringkat awal namun gagal apabila BN kekal mahu bertanding di semua kerusi.

Ketika ditanya berhubung pertembungan kerusi yang dijangka membabitkan calon PAS dan Umno di tujuh kerusi dalam PRN Melaka, Timbalan Presiden Pas itu berkata, “Bagi kami rasa sedikit kecewa (kerana) usaha penyatuan itu gagal pada hujungnya, tetapi Melaka bukan medan kita.”

Andaian itu dibuat berdasarkan kepada senarai yang dikemukakan Umno-BN serta Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Tuan Ibrahim mengulas lanjut dengan menyifatkan pertembungan dengan Umno yang menjadi rakan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) sebagai situasi yang terpaksa dihadapi.

“Sebenarnya pada peringkat awal kita runding supaya kita mengelak (bertembung), kalau kita dapat kompromi kerusi. Tetapi oleh kerana Umno buat keputusan untuk bertanding semua menyebabkan kita tiada pilihan.

“Ya (terpaksa), sebab Umno akan tanding semua kerusi. Jadi pada masa itu tak ada kompromi untuk kita melihat mana-mana kerusi diagih (runding).

“Kalau sekiranya kita runding dan ada kerusi Umno tak bertanding mungkin tidak ada pertembungan,” jelasnya yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian.

No comments: