Belanjawan Ismail Sabri macam sampah, bursa saham jatuh menjunam

 


Panas! Pemuda ini kata Belanjawan Ismail Sabri macam sampah, bursa saham jatuh menjunam


Setakat jam 12 tengahhari untuk dagangan tengahhari, Pasaran Saham menjunam jatuh kepada 32 Mata dibawah 1530 mata setelah jumaat lalu ianya bertahan dan jatuh tak sampai 1 Mata..

Biarpun Belanjawan ini dibentangkan oleh seorang bankers..Seolah olah ianya gambaran tidak menyakinkan Pelabur..Dah pasti ia merujuk kepada dasar cukai Keuntungan yg diperkenalkan.. Seperti aku tulis jumaat lepas, belanjawan ni sampah..lebh teruk tak teratur.. Aku tak nampak bagaimana Kerajaan nak dapatkan hasil.. 2 tahun belanjawan kita gagal capai unjuran hasil..

Jumaat lalu, Kerajaan memperkenalkan Cukai Makmur, syarikat dengan pendapatan bercukai sehingga RM100 juta pertama akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24 peratus dan pendapatan bercukai selebihnya akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 33 peratus bagi tahun taksiran 2022..

Pada prinsipnya bagi aku cukai ini baik..Namun ianya tak bersasar, Sepatutnya cukai harus ditumpukan kepada Syarikat yang memperolehi keuntungan luar biasa diwaktu pandemik terutama dalam sektor seperti Latex dan farmaseutikal, begitu juga Perniagaan berasaskan Komoditi seperti Plantation yang mendapat laba dari kenaikan harga sawit…

Tindakan Kerajaan ini menakutkan Pelabur.. Sudah pasti Kerajaan hari ini dalam keadaan serba salah apalagi kerajaan terdesak untuk menambahkan hasil pendapatan cukai Negara.. Jadi untuk mudah faham, Atas dasar cukai beginilah banyak Syarikat yang memindahkan operasi apalagi memindahkan keuntungan dalam akaun luar persisir.. Sebab apa ? Lari dari cukai..

Bayangkan jika pelabur keluar dari Malaysia ? Apakah sektor pekerjaan dan pengangguran tahun ini akan lebih memburuk ? Bukan saja pelaburan dalam negara akan berpindah..hatta Kilang dan entiti Perniagaan.. agaknya bagaimana kesannya kepada Rakyat ? terutama orang muda..

Tapi Bani Melayu tak peduli….janji ada BRIM atau bantuan Tunai untuk orang Bujang.. Takda kerja no hal…Gaji rendah pun no hal..Janji aku nak BRIM..nak bantuan Tunai.. Mak bapak bani melayu kalangan makcik kiah pun tak kisah anak tak kerja.. Janji dapat RM 2000.. walaupun terpaksa tanggung Topup dan duit minyak motor anak sendiri setiap hari.. biarpun gaji hanya dapat RM 30 sehari..Sampai bila ?

Itu sebab aku kata bantuan tunai ini akan membebankan Kerajaan..Bukan saja kita gagal untuk menghidupkan Ekonomi rakyat.. Malah perbelanjaan pembagunan, asas infastruktur rakyat akan gagal dibangunkan.. Ini yang buatkan kita hari ini ketinggalan dari Indonesia dalam menarik pelabur..

Apapun Point nya.. Kerajaan, PM dan Pemimpin hari ini tidak menyakinkan Pelabur.. Jadi bertindaklah sebelum terlambat.. Selamatkan negara.. Jika sekali lagi gelombang Covid melanda.. Jawabnya krisis Makanan..harga barang melonjak naik.. dan Pengangguran akan lebih parah.. Apapun..semua ni bani Melayu tak peduli..Yang penting BRIM ! 🙂

Ipohmali

No comments: