Oleh ARIF ATAN / November
2, 2021
Gerakan Hartal Doktor
Kontrak (HDK) 2.0 akan dilaksanakan memandangkan kerajaan melalui pembentangan
Belanjawan 2022 lalu langsung tidak menyelesaikan masalah doktor kontrak.
Sekretariat Gerakan HDK
dalam kenyataannya menegaskan Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Aziz
tidak memandang serius isu doktor kontrak dan masalah sistem kesihatan di
negara ini.
“Gerakan HDK merasakan
tiada langkah tanggungjawab penuh diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan
masalah ini.
Terdahulu, Zafrul berkata,
Kerajaan bersetuju menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai
perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib selama dua tahun
kepada maksimum empat tahun.
Semasa
membentangkan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober lalu, Zafrul juga
mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju meluluskan penajaan program kepakaran
dengan peruntukan RM100 juta untuk manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan
pergigian.
Mengulas
lanjut, Sekretariat Gerakan HDK turut mendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
langsung tidak memberikan sebarang bantahan kepada Kementerian Kewangan (MoF)
berkenaan isu terbabit.
“Lima
tahun dalam perbincangan masih tiada penyelesaian. Janji lantikan tetap dengan
KWSP yang seringkali diuar-uarkan hanyalah umpan supaya kami berhenti bersuara.
“Setelah dua tahun doktor kontrak
berhempas pulas melawan Covid-19, pengorbanan mereka tetatp tidak dihargai.
“Dengan
ini kami dari Gerakan HDK mengisytiharkan Hartal Doktor Kontrak 2.0 akan
dilaksanakan sebagai tanda protes,” tegasnya lagi.
Untuk
rekod, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang akhbar khas pada 21
Oktober lalu berkata, akan ada ‘berita’ melibatkan masa depan doktor kontrak
selepas pengumuman Belanjawan 2022.
Pada
26 Julai lalu, ribuan doktor kontrak menyertai perhimpunan aman Gerakan Hartal
Doktor Kontrak bagi mengetengahkan beberapa tuntutan kepada kerajaan
termasuklah kaedah penilaian prestasi bagi perjawatan tetap, peluang lanjutan
pengajian dan masa hadapan kerjaya mereka.
Protes
aman sambil membawa plakad itu berlaku serentak di semua fasiliti kesihatan di
seluruh negara mendesak kerajaan menyerap doktor kontrak menjadi pengamal
perubatan tetap.
Pada masa ini, terdapat kira-kira 23,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi yang dilantik secara kontrak.