Ketika host my online TV menanyakan
soalan sekiranya BN bertanding bersama Muafakat Nasional, berapa kerusi
parlimen dijangka boleh dimenangi dan berapa negeri dapat diperintah oleh
gabungan itu?
Dengan selambanya Presiden UMNO
menjawab “Saya nak tanya balik, ada ke Muafakat Nasional lagi?” Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hari ini, UMNO akan bertanding secara sendirian
pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Memahami politik semasa, BN perlu
bersiap siaga, oleh itu UMNO akan bertanding solo atas nama dan jenama BN serta
menggunakan lambang dacing.