MALANGNYA NEGARA KITA

 

Sayuti Omar


Pendakwaan ke atas beberapa orang politik termasuk ahli parlimen mengikut akta SPRM ataupun pengubahan wang haram yang dibuat semasa kerajaan PH sebelum ini satu demi satu dibebas dan dilepaskan. Setengahnya dibebaskan tanpa bermula perbicaraan, dan setengah yang lain dibebaskan seperti ada timbang rasa dan budi bicara mahkamah. 


Ada semacam tawar menawar dibuat oleh mahkamah dan kes-kes tertentu boleh ditebus dengan wang ringgit. 


Langkah ini memberi gambaran buruk kepada penguatkuasaan dan tindakan undang-undang yang berlaku dalam negara ini. Keadaan itu menyebabkan sistem perundangan negara ini seperti main-main dan sandiwara sahaja. Lebih teruk lagi ada yang menganggap mahkamah dan hakim negara ini boleh dibeli atau pun dipersendakan dan mereka bukan bertindak mengikut peruntukan undang-undang sebalik mendengar suara dari langit. 


Undang-undang digubal di parlimen pula seperti boleh dipinda dengan budi bicara dan kuasa politik kerajaan semasa. Amalan ini sesuatu yang parah dan memberi kesan buruk ke atas kedaulatan undang-undang dan integriti negara ini. 


Sebaik-baiknya fenomena ini mendapat perhatian serius daripada rakyat dan dijadikan perlu diperbaiki dengan menggunakan peluang dan kuasa rakyat yang ada semasa pilihan raya diadakan. Trims.