=
Oleh SURI LAILA / October
31, 2021
Ketua Penerangan BN
Selangor, Isham Jalil menganggap Perikatan Nasional (PN) sedang goyang dan
tidak pasti untuk menggunakan lambang apa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)
Melaka November ini.
Isham yang juga bekas
pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak, merujuk kepada kenyataan Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali pada semalam bahawa gabungan itu belum memutuskan logo yang
akan digunakan mereka.
Isham menyifatkan, jika
PN menggunakan logo Pas, besar kemungkinan orang bukan Melayu tidak akan
mengundi mereka.
“Azmin kata PN belum buat
keputusan untuk pakai lambang apa dalam PRN Melaka kali ini. Mereka sudah
goyang dan tidak pasti untuk pakai lambang apa
“Jika
mereka guna lambang Perikatan Nasional pula, mereka akan hilang undi Melayu
Pas.
“Dalam
kedua-dua kes, mereka (PPBM) tahu sukar untuk mereka menang apa-apa kerusi.
Tambahan lagi dengan rekod buruk mereka mentadbir kerajaan selama 39 bulan
sebelum ini (22 bulan dalam PH dan 17 bulan dalam PN),” katanya dalam satu
hantaran Facebook hari ini.
Menurut
Isham, PN kini hanya ingin memecahkan undi Melayu supaya Barisan Nasional kalah
dalam PRN kali ini.
Dan
sekali lagi katanya, PN akan membantu PH untuk menang dengan pecahkan undi
Melayu seperti yang mereka lakukan semasa PRU-14 yang lalu.
“Inilah dia perangai Parti Pemecah Belah Melayu (PPBM),” selarnya.