Kompromi
dalam Pas
Oleh HANIPA MAIDIN / October
31, 2021
Pemimpin parti ehem
nampaknya berbangga dengan dasar parti dia khususnya dasar muafakat politik
parti ehem.
Dia habaq “kita punya
pengalaman panjang dalam politik negara dan saya tengok tak ada parti yang ada
pengalaman muafakat politik sehebat Pas”
Saya tak mahu ulas lah
sama ada dakwaan dia tentang pengalaman muafakat politik yang dia dok rasa
hebat dan berpengalaman panjang tu betul atau tidak. Depa sedang bermuktamar
bagilah depa happy.
Ya, parti ehem memang agak kerap
adakan muafakat politik atau dalam lingua franca parti depa dipanggil “tahaluf
siyasi” supaya nampak islamik sikit kot sebab guna bahasa arab.
Jika
lihat pada sejarah mana-mana pihak yang adakan muafakat politik dengan parti
ehem biasanya ia bermula dengan indah sebelum ia bergegar dan berakhir dengan
berantakan dan punah ranah seperti dipanahi petih dan halilintar.
Bermula
harum seperti sekuntum mawar tapi berakhir busuk seperti….
Ya,
setuju dasar kompromi parti ehem memang luar biasa. Sebab itu parti depa boleh
tak ada masalah dalam isu rasuah dan salah guna kuasa dalam isu 1MDB.
Tak
kisah judi dari 8 kali ke 22 kali. Tak kisah temberang dalam banyak isu seperti
isu arwah Adib, isu arak Timah. Isu pakaian pramugari MAS dan lain lain.
Bila dapat kuasa melalui khianat mandat rakyat via Langkah Syairaton!