MoU
Transformasi dan Kestabilan Politik: Berikut apa yang dipersetujui k'jaan, PH
Diterbitkan: Sep 13, 2021 9:18 PM
⋅
Kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob dan
PH hari ini memeterai Memorandum
Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.
Secara asasnya, dengan pemeteraian itu, PH
tidak akan menghalang kerajaan dalam undi kritikal di Dewan Rakyat yang boleh
membawa kesan terhadap survivalnya, seperti belanjawan.
Sebagai pertukaran, kerajaan akan
mengusahakan sejumlah pembaharuan dan dasar yang sebelum ini dibawa PH.
Malaysiakini telah melihat MoU tersebut -
yang dijangka akan diterbitkan esok - dan mengesahkan ketulenannya dengan
anggota pasukan rundingan.
Bagaimana ia berfungsi?
Jawatankuasa kerja dengan 10 anggota akan dibentuk,
merangkumi lima wakil kerajaan dan lima wakil pembangkang.
Mereka akan mengadakan pertemuan setiap dua minggu atau
ketika waktu yang dipersetujuji bersama, untuk berunding dan memantau
pelaksanaan MoU.
Apakah syarat-syarat asas?
Kerajaan setuju untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum
31 Julai 2022.
Ada juga klausa khusus yang menyatakan persefahaman ini
tidak patut dirahsiakan.
Ia juga menyatakan persetujuan adalah apa yang terkandung
dalam memorandum, dan sebarang cadangan lisan atau tidak bertulis tidak
terpakai.
Pelanggaran terhadap persetujuan akan menyebabkannya
tidak lagi sah.
Apa yang dijangka daripada PH?
PH akan menyokong atau berkecuali dalam undian belanjawan
2022 dan undang-undang perbekalan atau kewangan berkaitan dengannya.
Ia dengan syarat penggubalan belanjawan dan rang
undang-undang (RUU) yang berkaitan dengannya dirunding dan dipersetujui secara
bersama antara kerajaan dan PH.
PH juga akan menyokong atau berkecuali dalam sebarang RUU
yang boleh ditafsirkan sebagai undi percaya, dengan syarat perangkaannya turut
dirunding dan dipersetujui secara bersama.
MoU turut mengandungi bahagian yang menyatakan ia tidak
boleh menghalang peranan PH sebagai semak dan imbang kepada kerajaan.
Apa yang dijangka daripada kerajaan?
Pelaksanaan MoU dibahagikan kepada tiga garis masa -
perkara yang akan dilaksanakan segara, perkara yang akan dilaksanakan dalam
tahun ini dan perkara yang akan dilaksanakan dalam separuh pertama 2022.
Pembaharuan Parlimen
Kebanyakan perkara yang perlu dilaksanakan segera
berkaitan dengan pembaharuan parlimen.
Ia adalah seperti berikut:
·
Mewujudkan
lebih banyak jawatankuasa pilihan kas parlimen dan menstruktur semula
jawatankuasa sedia ada.
·
Memastikan
komposisinya mencerminkan perwakilan parti di Dewan Rakyat.
·
Memastikan
jawatankuasa dipengerusikan secara sama rata oleh ahli parlimen kerajaan dan
pembangkang.
·
Kerajaan
menyediakan pegawai sokongan dan dana yang wajar untuk menyokong perjalanan
jawatankuasa.
·
Meminda
Peraturan Mesyuarat bagi memastikan prosiding Dewan Rakyat dan Dewan Negara
teratur.
·
Peruntukan sama
rata untuk ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
·
Memastikan
ketua pembangkang diberikan hak dan kemudahan yang sewajarnya.
Satu kaveat yang perlu dinyatakan adalah jaminan
peruntukan sama rata hanya untuk ahli parlimen yang terlibat dalam MoU ini.
Ini bermakna kerajaan masih boleh menafikan peruntukan
sama rata terhadap parti pembangkang lain seperti Pejuang dan Warisan yang
tidak menyertainya.
Satu lagi yang perlu dinyatakan adalah MoU ini tidak
menggariskan secara jelas berkenaan hak dan kemudahan "sewajarnya"
kepada ketua pembangkang.
Terdahulu, ada yang mencadangkan ia perlu setaraf dengan
seorang menteri.
Satu lagi perkara dalam pembaharuan Parlimen adalah
pengenalan sebuah Akta Perkhidmatan Parlimen yang akan membolehkan Parlimen
menguruskan sendiri kewangannya.
Ia perlu diluluskan selewat-lewatnya pada sidang
mesyuarat kedua Penggal Ke-5 Parlimen, yang dijangka berlangsung pada separuh
pertama 2022.
Transformasi Pentabdiran
Bahagian ini merangkumi tiga komponen:
·
Membentangkan
dan meluluskan RUU anti lompat parti.
·
Mempercepat
pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pengundi automatik.
·
Membentangkan
dan meluluskan pindaan Perlembagaan untuk mengehadkan tempoh memegang jawatan
perdana menteri kepada 10 tahun.
Semua ini perlu dilaksanakan selewat-lewatnya pada
mesyuarat pertama Penggal Ke-5 Parlimen, yang dijangka berlangsung pada separuh
pertama 2022.
Pemerkasaan pelan Covid-19
Sejumlah dasar fiskal sudah pun dalam pelaksanaan tetapi
kini akan "dipertingkatkan".
Antara perkara yang dibangkitkan PH sebelum ini adalah
penambahan suntikan fiskal sebagai RM45 bilion untuk menangani wabak Covid-19.
Kerajaan telah bersetuju dan akan membentangkannya di
Parlimen untuk diluluskan. Ia termasuklah dana tambahan kepada sistem
kesihatan, bantuan kepada golongan rentan dan juga pernigaan.
Kerajaan juga setuju yang Majlis Pemulihan Nasional, kini
dipengerusikan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, perlu merangkumi 50
peratus pakar sektor awam dan swasta.
Nama separuh daripada pakar tersebut akan dicalonkan oleh
kerajaan dan separuh lagi oleh pembangkng.
Dana tambahan juga akan disediakan untuk meningkatkan
usaha "find, test, trace, isolate, support and vaccinate".
Bantuan tunai RM10 bilion kepada 11 juta penerima yang
disalurkan pada separuh kedua tahun ini akan diteruskan pada tahun depan -
menyasarkan golongan B40 dan M40 yang kehilangan kerja.
Dana Kumpulan Wang Covid-19 juga akan digunakan untuk
insentif pengambilan pekerja dan menyokong perusahaan kecil dan sederhana, termasuk
sektor tak formal dan mikro.
Kerajaan juga akan mempercepatkan pemerolehan enam juta
dos vaksin selewat-lewatnya bulan ini.
Kerajaan juga akan mengusahakan pengecualian faedah untuk
kumpulan 50 peratus terbawah yang telah menerima moratorium pinjaman bagi
Oktober, November dan Disember.
Bagaimanapun tiada jaminan terhadap perkara ini. Kerajaan
perlu mengadakan rundingan dengan pihak bank.
Kesemua perkara dalam bahagian ini perlu dilaksanakan
dalam tempoh penggal keempat Parlimen, iaitu tahun ini.
Sidang pertama penggal keempat akan berlangsung hari ini
sehingga 12 Oktober, disusuli sidang kedua (25 Oktober-16 Disember).
Hanya ada dua sidang pada tahun ini (kebiasaannya tiga)
dengan masa yang kian singkat susulan penggantungan parlimen ketika pengisytiharan
darurat sebelum ini.
Lain-lain
Dua lagi bahagian adalah memastikan kebebasan institusi
kehakiman dan Perjanjian Malaysia 1969. Namun ia tidak diperincikan dan
masing-masing hanya dijelaskan secara umum.
Parti berpangkalan di Sabah, Upko hanya disertakan ketika
peringkat akhir rundingan memandangkan permohonannya untuk menyertai PH belum
dimuktamadkan.
Warisan juga mengkritik PH kerana tidak melibatkan mereka
sejak dari awal. Parti itu berkata ia pasti membuat cadangan spesifik berkaitan
Perjanjian Malaysia 1969.
Warisan juga menolak undangan PH untuk taklimat MoU,
dengan menegaskan mereka patut dilibatkan sejak dari awal.
Seorang pemimpin PH yang terlibat dalam rundingan
memberitahu Malaysiakini yang pihaknya meminta lebih banyak perincian dimasukkan
berkaitan Perjanjian Malaysia 1963, namun perunding bagi pihak kerajaan meminta
agar ia ditulis secara ringkas.
Hal berkaitan institusi kehakiman juga lebih kepada
jaminan berbanding sebarang perubahan konkrit.
Bagaimanapun ia tetap penting dengan mengambil kira yang
PH bimbang pemimpin Umno akan telepas daripada ke rasuah memandangkan kerajaan
kini diketuai naib presiden parti itu.