ANWAR JAMIN KETELUSAN MOU DENGAN KERAJAAN

 Hari ini menandakan pembukaan Parlimen 2021 dengan penuh istiadat.

Saya percaya setiap daripada kita yang hadir hari ini hanya mengutamakan kepentingan rakyat.

Inilah masanya kita semua dapat mecapai titik persamaan dan melaksanakan perubahan yang menyeluruh demi menyelamatkan Malaysia.

Sepertimana yang telah ditandatangani dalam Memorandum Persefahaman, Pakatan Harapan akan terus memberi sokongan dalam isu Covid-19 dan kesihatan rakyat sejagat demi menstabilkan kerajaan dan ekonomi.

Kita kekal komited untuk memastikan ketelusan isi kandungan persefahaman ini dan akan terus memantau perkembangan semasa garis tindakan yang dipersetujui.

#NadiRakyat

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR/Pengerusi PH.