NORMAN RADZUAN
PRO & KON MoU
Kestabilan politik
atau kestabilan Kerajaan?
HATI2 DGN TARIKH 31
JULAI 2022
Saya beritahu hanya
skeptikal dan bukan menentang mengenai MoU transformasi dan kestabilan politik.
Maksudnya skeptikal itu masih ragu, mencurigai atau was was atas faktor
perincian MoU tidak diperjelaskan kpd ahli dan penyokong. Kedua sudah acapkali
kita ditipu oleh UMNO.
Mungkin ada yg
bertanya siapa kamu atau ahli/penyokong perlu tahu. Pasti kami dan mereka perlu
tahu kerana kami dan mereka bukan sahaja sekadar memangkah kertas undi tetapi
yg menggembeleng tenaga dan wang ringgit utk membantu parti.
Yg kita mahu pemimpin
perlu berhati hati. Ya kami mungkin tidak sebijak pemimpin2 tetapi kerana
kebijaksanaan pemimpin2 juga lah Mahathir dan Muhyiddin menipu kita hasil usaha
20 tahun usaha kita berjuang bersama. Ada yg dibuang kerja, dipindah tempat kerja,
berhabisan berpuluh ribu, dipukul dlm perjuangan ini.
Selepas kita ditipu
oleh Mahathir dan Muhyiddin yg bekerjasama dgn UMNO...sekali lagi UMNO
menggunakan PH utk menjatuhkan MB Perak, Peja. Dgn sokongan PH naiklah MB dari
UMNO di Perak. Lucunya mereka bentuk kerajaan sesama mereka tanpa melibatkan
ADUN PH.
Begitulah juga dgn
kerajaan keluarga 69 ini. Kita semua menyokong menjatuhkan Muhyiddin kerana
Zahid Hamidi mengaku mereka menghantar SD utk menyokong DS Anwar menjadi PM.
Sebaik sahaja
usahasama PH dan kluster mahkamah UMNO berjaya menjatuhkan kerajaan
Muhyiddin...tiba2 UMNO mengangkat PM dari kalangan mereka. Perlu diingat jika
PH menyokong plan Muhyiddin UMNO tidak kembali berkuasa sebagai PM.
Mereka bergaduh
sesama mereka di saat akhir tak sampai beberapa hari mereka setuju melantik
seorang PM yg mempertahankan kerajaan PN. Kita terlopong...3-4 hari ahli,
penyokong dan sebilangan rakyat ketika itu yakin DS Anwar bakal menjadi PM.
Secara dasarnya
kebanyakkan perjanjian yg dibuat oleh Ismail ini hampir menyamai apa yg
dilakukan Muhyiddin. Mungkin ada perubahan 20-30% kerana perubahan PM serta
perbincangan lebih serius antara wakil Keluarga 69 dan wakil PH.
Antara yg Pro
perjanjian itu...belanjawan dirunding dan dipersetujui secara bersama,
peruntukkan sama rata parlimen kerajaan dan pembangkang, undi 18, membentang
RUU anti lompat parti..yg saya lihat memberi kebaikkan kpd pembangkang dan
rakyat.
Persoalannya kontra
disebaliknya kita kena fikirkan UMNO ini licik. Mereka tidak akn semudah itu
utk bersetuju dgn syarat PH. Dulu mereka tubuh Jawatankuasa Khas Bebas Darurat
2021. Apa fungsinya? Sekadar penubuhan...
Belanjawan akn
melibatkan kerajaan dan pembangkang. Jadi bagaimana kita mahu bahaskan
belanjawan dan mahu mengkritik kelemahan kerajaan ini.
Pasti mereka akn
berkata kita sebahagian daripada yg terlibat tentang belanjawan tersebut. Tapi
jika belanjawan itu dilihat bekhemah mereka akan kredit ia adalah kejayaan
kerajaan.
Malah sebagai
pengkritik politik agak sukar apa isu yg boleh dikritik.... silap2 yg dikritik
akn terpalit sama PH dlm isu2 tertentu. Pastinya kelemahan atau kecurangan
mereka dpt ditutup dlm beberapa isu sb kita bersama dlm beberapa perkara
seperti belanjawan.
Apapun yg paling saya
bimbang ialah Parlimen tidak akan dibubar sebelum 31 Julai 2022. Kenapa saya
kata begitu penting tarikh demikian?
Ini sekadar teori
saya yg mungkin benar atau tidak. Sebenarnya tarikh tersebut mengerikan Zahid
Hamidi dan mungkin juga buat Najib Razak. Saya yakin rundingan MoU ini bukanlah
cadangan atau restu daripada Presiden, bekas Presiden mahupun Timbalan Presiden
UMNO.
Kemungkinan tarikh
tersebut adalah oksigen yg mahu Ismail gunakan bersama Muhyiddin utk matlamat
yg lebih jauh. Ramai yg menulis di wall ketawakan Muhyiddin apabila mantan PM
itu berkata PN atau dirinya akan 'comeback'.
Cuba kalian lihat
kabinet Ismail. Adakah ia menyebelahi UMNO atau Bersatu? Nyata ia menyebelahi
Bersatu dan kita hanya menukar pemandu sahaja.
Kenapa Ismail tidak
menyebelahi partinya sendiri? Ismail perlukan Muhyiddin/Bersatu utk dia terus
berkuasa menjadi PM selepas PRU15. Jika tidak beliau tahu hanya akn menjadi
tunggangan Zahid dan Najib utk keduanya kembali berkuasa menjelang PRU15.
Perlu diingat Ismail
tiada niat utk menjatuhkan Muhyiddin. Cuma dia serta kluster Menteri UMNO gagal
utk pertahankan kerajaan PN kerana tidak cukup majoriti. Sebab itu Ismail tidak
menamakan ini kerajaan 'BN Plus' sebagai contoh.
Yg lebih
menghairankan apabila jawatan Pengerusi MKN Ismail melantik bekas PM yg gagal.
Kenapa bukannya Tok Mat, Timbalan Presiden UMNO? Begitu juga kenapa Ismail
boleh melantik Tengku Zafrul sebagai Senator bukannya Tok Mat.
Bukan itu sahaja
mengapa Ismail tidak mencadangkan utk melantik Azalina Othman sebagai Speaker
yg baru. Azalina adalah pemimpin UMNO tetapi dilihat curang kpd PN.
Saya pernah menulis
sebelum ini bahawa dgn jawatan Ismail sebagai PM manakala Zahid serta Najib
mempunyai kes di mahkamah adakah Ismail tidak mahu mengambil kesempatan utk
merampas jawatan tersebut. Atau cukup dia sekadar menjadi 'puppet' kpd Zahid
atau menjadi PM setahun?
Najib dua kali
bertemu Ismail ketika beliau baru dilantik menjadi TPM dan terbaru baru
dilantik PM. Untuk apa...kita semua tahu sebab kenapa tetapi biarlah ia menjadi
kenyataan nanti baru dibicarakan. Jgn terkejut jika Zahid seorang sahaja yg
sangkut
Lebih dari itu dlm
perbincangan MoU antara kerajaan dan pembangkang kenapa kerajaan Ismail
melibatkan Hamzah dan Annuar Musa yg dilihat derhaka kpd UMNO. Punya ramai
pemimpin UMNO yg setia dgn parti kenapa diabaikan?
Saya melihat oksigen
atau tarikh yg diminta itu adalah perancangan Ismail dan Muhyiddin utk wawasan
PRU15 iaitu gabungan UMNO, Bersatu, Pas dan parti komponen PN.
Seperti saya
jangkakan jika Zahid didapati bersalah, ROS dijangka digunakan kembali utk
Pemilihan Parti...dgn mudah Ismail dan KJ merampas kerusi Presiden dan Timbalan
Presiden.
Tempoh 10 bulan
oksigen yg PH berikan kpd Ismail sgt mengembirakan Muhyiddin. Dlm tempoh
tersebut pelbagai cerita akn berlaku. Ismail dan Muhyiddin tahu...Tok Mat telah
memberi amaran keras pada PRU15 menolak kerjasama antara UMNO dan Bersatu. UMNO
hanya perlukan Muafakat Nasional sahaja.
Semua ini adalah
sekadar teori saya tujuan MoU itu dilakukan. Bagi pihak sana kestabilan
kerajaan ini lebih penting daripda kestabilan politik demi utk kesejahteraan
rakyat. Barangkali saya betul barangkali tidak mengenainya...cuma pesanan saya
kita perlu hati2.
Saya tidak boleh
mengulas lebih detail mengenai MoU ini kerana kita semua belum diperjelaskan
perincian perjanjian tersebut. Kita tunggu sahaja hari ini khabarnya.
Saya tidak membantah
MoU ini tapi hati kecil percaya seperti ada udang sebalik batu...Bila puak ini
kata demi utk rakyat lagilah saya sangsi dan ketawa berguling guling So
berhati hati dan semoga perjanjian ini lebih menyebelahi kita.