ADA SESUATU YG TAK KENA DLM KERJASAMA ANTARA PIHAK PEMBANGKANG DGN PIHAK KERAJAAN MAIL SABRI


KamalShah

Immunisasi kelompok 80% di Malaysia bila2 masa boleh tercapai tak sampai  bulan Disembar pada tahun ini juga. Ini bermakna PRU15 boleh senang diadakan tanpa banyak risau masalah COVID di sepanjang tahun 2022 bermula dari bulan Januari.

 

Tapi sekiranya satu perjanjian khusus terhadap persetujuan butir2 dlm kerjasama itu sudah ditandatangani oleh kedua belah pihak, maka ianya bermakna pihak pembangkang telah menrestui kerajaan PM Mail Sabri sebagai sebuah kerajaan yg 'betul' dan 'diterima' oleh rakyat Malaysia.

 

Implikasi tandatangan oleh pihak pembangkang itu jugak memberi direction dan izin kpd kerajaan Mail supaya ianya boleh terus memerintah dgn tenang dan relax tanpa diganggu-gugat oleh 'musuh' kerajaan yg sebenarnya yg sangat digeruni oleh kerajaan tebuk atap itu.

 

Bermakna Anwar telah memberi oksigen yg sangat fresh dan nyaman kpd kerajaan Mail utk terus hidup dan bernyawa secara selesa sehingga habis penggal ke bulan Mei tahun 2023.

 

Maka bertuahlah para menteri, para timbalan menteri, para duta khas dan para penasihat khas utk terus makan gaji lumayan termasuk yg bergaji celik dan bergaji buta.

 

Tahukah Anwar, Mat Sabu dan juga LGE, apabila adanya satu kuasa yg 'berkuasa' yg dipegang oleh sesebuah kerajaan, maka dgn KUASA itu sendiri maka segala lorong dan liku ianya boleh dimanipulasikan sampai menjadi mantap dan cantik sehinggalah ke tarikh PRU15 pada bulan Mei 2023.

 

Competitive advantage yg ada pada pada kerajaan Ismail Sabri ini adalah sangat besar nilainya dari segi political gamemanship.

Sebenarnya ianya akan menjadi satu ancaman paling besar kpd Pakatan Harapan. Sebaliknya ianya akan menjadi satu peluang yg sangat besar kpd pihak kerajaan Mail utk menang besar dlm PRU15, walaupun asalnya ia adalah hanya sebuah kerajaan tebuk atap.

 

Saya nampak perjanjian kerjasama itu nanti sangat2 rugi besar kpd pihak Pakatan Harapan. Saya harap ketua2 parti dlm PH tolonglah sama2 fikir2kanlah.

 

Saya tidak mendesak tapi hanya berharap agar Anwar, Mat Sabu dan LGE kalau kiranya pandangan ini adalah remeh atau sampah .. sebaik2nya elok juga dibuat U-turn .. ha ha.