KES ADIB DITUTUP WALAU SEMENTARA. TAPI ADA MENTERI CUBA LANGKAH KETUA POLIS ISTIHAR TUTUP-TAPI BAGAIMANA DENGAN PAS PULA? TAK KAN DIAM ?


Umno dukacita Zuraida maklum kes Adib ditutup sementara



 Akhirnya kes Adib ditutup. Walaupun sementara tapi tetap bawa makna yang sama - tidak ada bukti berlaku jenayah dalam kes ini.

Aku bersimpati kepada keluarga Allahyarham. Adib sebenarnya mangsa kepada ketamakan manusia. Allahyarham terbunuh ketika menjalankan tugas. Sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak, ianya tetap satu tragedi.
Aku tak mahu cerita tentang implikasi dari segi undang-undang atau apa perkara yang lain. Aku cuma nak cerita apa maknanya ini kepada parti yang menggunakan label Islam iaitu PAS.
Ini kerana PAS adalah pihak yang menggunakan isu ini untuk menghasut kebencian rakyat terhadap PH yang mentadbir kerajaan ketika itu.
Banyak tuduhan jahat yang ditalakan terhadap PH termasuklah melindungi orang kafir yang bunuh orang Islam. Sekarang ni apa cerita?
Allahyarham Adib bukan sahaja menjadi mangsa ketika kejadian, bahkan setelah kematiannya pun Allahyarham menjadi mangsa apabila isunya telah dijadikan bahan politik.
Hari ini apabila kes ini ditutup sementara - akan dibuka semula apabila ada bukti baharu - ia dengan jelas menunjukkan bahawa semua tuduhan yang dilemparkan terhadap PH oleh PAS dan juga UMNO sebelum ini adalah fitnah semata-mata.
Ternyata PH telah berlaku adil ketika siasatan kes ini dijalankan. Melainkan jika lebai dan walaun berpendapat yang PAS juga sama seperti apa yang mereka dakwa PH dahulu - cuba melindungi orang kafir yang membunuh orang Islam.
Kalau aku nak harap PAS berhenti politik murahan seperti ini dan jadi lebih rasional, memang takkan terjadi. Jadi aku cuma mohon agak rakyat dapat lihat kenyataan dan jangan lagi layan cerita-cerita palsu yang selalu mereka sebarkan.
Abaikan sahaja PAS. Semoga dengan cara itu, baru mereka perasan cara politik busuk mereka tidak diterima oleh rakyat. Dan semoga begitu, barulah mereka mahu berpolitik secara jujur.