Ismail Sabri juga memberitahu pejabat Menteri dan Timbalan Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) telah membelanjakan RM145,977 untuk pengubahsuaian manakala RM254,733 pula dibelanjakan untuk pembelian perabot baharu.
Tambahnya, sebanyak RM192,870 pula telah dibelanjakan untuk pengubahsuaian pejabat Timbalan Menteri Undang-undang di mana RM10,000 pula dibelanjakan untuk pembelian perabot baharu.