Apa yg berlaku sekarang memberi pengajaran kepada rakyat bahawa
wakil rakyat yg dipilih mereka mampu membuat hidup mereka sengsara jika mereka
takut menegur. Apabila sudah menang, wakil digelar Yang Berhormat enggan lagi
BERKHIDMAT! Sedangkan berkhidmat kepada pengundi di kawasan sepatutnya menjadi
matlamat wakil rakyat.
Semuga apa yg berlaku akan mengajar rakyat tidak terasa
terhutang budi atau diugut oleh wakil rakyat. Semuga rakyat faham kedudukan
wakil rakyat adalah kerana pilihan mereka. Maka apabila seseorang wakil rakyat
mula bongkak, jangan lagi pilih mereka walau mereka sebelum itu menyandang
jawatan penting hatta Perdana Menteri!
Undi rakyat mengubah nasib wakil rakyat sehingga menjadi keparat
apabila merasai jawatan, kedudukan, kemewahan. Gaji puluhan ribu setiap bulan.
Peruntukan untuk rakyat juga menjadi habuan. Mereka sibuk menguruskan projek
untuk mereka makan persen. Agenda rakyat hanya tinggal janji sehingga hampir
habis penggal mereka muncul lagi mengemis undi.
Tiada sayang dalam hati mereka kepada negara ini, ehsan kepada
rakyat jauh sekali! Rakyat berguna setiap 5 tahun sekali. Ingatlah wahai rakyat
jangan pula ambil sikap tidak peduli dan merasakan setiap wakil rakyat serupa
sahaja. Mereka jadi serupa tidak mengubah hidup anda kerana anda mengangkat
wakil yang sama! Berpuluh tahun lamanya.
Mereka menjadi kaya raya atas kebodohan dan ketakutan anda!
Semuga fenomena bendera putih menyedarkan anda, suara rakyat bukan sekadar
suara keramat, kerana keramat tidak mempunyai kuasa melainkan khurafat sahaja.
Suara rakyat adalah kuasa rakyat! Menggegarkan negara, merubah segala.
Wakil rakyat mendapat kuasa dari rakyat menguruskan, negara dan
membela nasib rakyat. Mereka mendapat kuasa dari rakyat setiap 5 tahun sekali
untuk memperbaiki nasib rakyat, menambahbaikan prestasi negara. Apabila gagal,
rakyat bertanggungjawab memberhentikan mereka bukan pula merasa takut dengan
kuasa yang dipinjam kepada mereka.
- KakIda -