HADI CAKAP PADA SIAPA? BUKAN DIA PUN PEMBOHONG KUAT KAH ?


Pemimpin tidak boleh dilantik dalam kalangan fasiq, pembohong – Abdul Hadi




MGF23092020_TEMUBUAL-EKSKLUSIF-PRESIDEN-PAS05

Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pelantikan pemimpin tidak boleh dibuat dalam kalangan mereka yang fasiq, pembohong yang menipu rakyat, tidak melakukan amar ma‘ruf dan nahi munkar.

Pemimpin yang dilantik juga bukan dalam kalangan mereka yang hanya berwawasan dunia tanpa mengambil kira perhitungan pada hari pembalasan di akhirat kelak, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

”Bukan alasan lagi, kononnya kini tidak mampu dilaksanakan Islam kerana tiada persediaan dan alasan-alasan lain seperti Islam tidak sesuai pada zaman kini,” katanya.

Abdul Hadi berkata, setiap pemimpin wajib ada secara silih berganti, berpandukan kepada petunjuk Allah SWT daripada kitabNya dan contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Ilmu dalam al-Quran terpelihara dalam penulisan yang tidak putus hingga kini. – MalaysiaGazette