JALAN PENYELESAIAN TERBAIK. KHAS UNTUK MAT CIRIT

 JALAN  PENYELESAIAN  TERBAIK 


Tamrin Tun Ghafar 

Sabtu - 10/07/2021
( 1 -  26  )


1.   Sebelum meneruskan tulisan ini saya  mengucapkan  SELAMAT  HARI  LAHIR  ke 96  kepada Tun Dr. Mahathir Muhammad  dan kepada Tun Dr. Siti Hasmah yang akan menyambut  tarikh lahir  beliau pada 12hb Julai  ini 

2.   Saya cukup ingat kedua - dua tarikh ini  kerana saya dilahirkan 71 tahun dahulu pada 11hb. Julai iaitu pertengahan diantara tarikh lahir Tun Mahathir dan Tun Hasmah 

3.    Anugerah  ALLAH  SWT  bukan sahaja  pada umur beliau malah yang  LEBIH  PENTING  ialah Tun masih berada dalam  keadaan   FISIKAL  DAN  MENTAL  jauh lebih baik dari mereka yang lebih muda dari beliau 

4.  Berpuluh tahun lamanya kita di dendangkan dengan berbagai  tomahan , celaan dan tuduhan terhadap beliau dan keluarga, namun sehingga kini  TIDAK  ADA  SEBARANG  BUKTI  PUN  yang mampu  di kemukakan di mana - mana Mahkamah 

5.   Abdullah Ahmad Badawi , Najib Tun Razak  dan  kini Mahiaddin  boleh  melakukan nya jika ada bukti  

6.   Sebenarnya benar kata - kata  orang  tua  yang masih boleh dipakai : 

       NAK  TAHU
       KEBAIKAN
       SESEORANG
       TANYA LAH
       SAHABAT NYA 

       JIKA NAK KAN
       KEBURUKAN
       TANYA LAH
       MUSUH NYA 

7.   Kata  Mat Sabu , Presiden Parti AMANAH ,   hanya   di Malaysia  sahaja  perkara sebegini  boleh berlaku : 

       YANG  KALAH
       JADI 
       KERAJAAN 

       YANG  MENANG
       JADI   
       PEMBANGKANG 

Sebenarnya  sejak meninggalkan UMNO  dan PAS  saya  TIDAK  LAGI  menganggotai mana - mana  Parti Politik  justeru saya  TIDAK  TERIKAT  memberi sebarang  pandangan yang  difikirkan sesuai 

8.   Mengapa Tun tiba - tiba  MELETAK  JAWATAN   Perdana Menteri  bagi kali kedua  telah pun diterangkan  secara terperinci  NAMUN  masih ramai yang TIDAK  MEMAHAMI  DAN  MENERIMA  penjelasan  demi penjelasan  yang diberi 

9.  Samada  mereka benar - benar tidak memahami atau digunakan nya untuk  kepentingan politik ;  kebelakangan ini sudah ada cakap - cakap  'HANYA  JIKA' atau  'IF ONLY'  Tun tidak berundur , apa yang MENIMPA RAKYAT kini mungkin tidak akan berlaku 

10.   Sebenar nya apa yang berlaku terhadap negara dan rakyat ada HIKMAH nya ; sekurang - kurang nya kita dapat MEMBEZAKAN  yang mana intan dan yang mana berlian , antara batu dan permata 

11.  Pernah  Nabi SAW berkata kepada Abdulrahman bin Samurah : 

'jangan lah kamu meminta jawatan , sebab jika kamu di beri jawatan  TANPA  MEMINTA , maka kamu akan di tolong . Namun jika kamu di berinya  KERANA  MEMINTA  , maka kamu akan dibiarkan.' 

apatah lagi jika dilakukan  MELALUI RAMPASAN  KUASA  dek sebab gila kuasa ? 

12.  Sejak peristiwa LANGKAH  SHERATON  sehingga kini  BELUM ADA  sebarang  Dasar  yang telah di bentangkan kepada umum 

13.   Yang kita hanya dengar setiap waktu ialah  bacaan doa oleh Mahiaddin  seolah - olah BERTINDAK   sebagai Menteri  Agama sedangkan ketokohan  Menteri Agama yang ada ini TAK  KURANG  sebagai Tok Lebai diperingkat kampung sahaja 

14.   Oleh kerana TAKUT  BERSEMUKA  dengan  para wartawan khususnya wartawan antarabangsa maka beliau tidak ada pilihan lain melainkan  melalui program   Perutusan Khas  atau Utusan Khas Perdana Menteri sehingga beliau  PASTI  diingati  sebagai  BAPA  PERUTUSAN KHAS selain dari gelaran Abah Cow  atau Bapa Lembu 

15.  Bak kata seorang pengalisa politik , belum ada mana- mana  pemimpin dunia sebelum ini yang mengemumkan kepada umum.yang beliau dimasukan ke hospital  kerana cirit birit 

16.  Adalah tersilap perhitungan  jika cirit birit  digunakan bagi meraih  simpati ; jika di layari laman web dan sebagai nya boleh dapati ribuan kritik dilemparkan  samada dalam bentuk  kata - kata atau karaikutur ; inilah penghinaan yang tidak pernah dialami oleh mana - mana pemimpin 

17.   Mungkin ini BALASAN  yang telah dijanjikan  atau Hukum 'Karma'  diatas  Pengkhianatan Nasional  ( PN ) yang dilakukan beliau 

18.  Kajian Transperansi Antarabangsa atau TI menunjukan taraf RASUAH   Malaysia  berada di peringkat yang terburuk  sejak Kerajaan  PN pimpinan Mahiaddin  merampas kuasa 

19.  Kajian The Economist pula mendapati  Malaysia merupakan negara TERAKHIR   yang boleh memulihkan ekonomi nya 

20.  Mengikut Menteri Kewangan , hutang dan kerugiaan ( loan & liability ) negara  sudah melebihi 89.2%  dengan jumlah hutang RM1.3 Trillion - satu  angka  yang tidak pernah didengar sejak negara Merdeka 

21.  Mengikut Mat Cirit pula negara tidak cukup wang jestru jalan keluar Menteri - Menteri  HANYA MENANGGUH    bukan  POTONG penerimaan gaji mereka sebanyak 30% selama 3 bulan - sekali lagi rakyat dianggap bodoh  dan dipermainkan sedangkan umum tahu  allowance bulanan mereka lebih besar dari gaji , ini TIDAK  TERMASUK  kereta , pemandu , body guard dan lain - lain , dan dalam masa sama  pula  gaji Kakitangan Kerajaan di POTONG 

22.  Jika angka ini tidak betul saya cabar KSN  atau Ketua Perbendaharaan  menyenaraikan secara terperinci  SEMUA  angka tersebut 

23.  Akhir sekali  bagi MENGATASI  KESANGSARAN  HIDUP  RAKYAT  saya berpendat  cadangan  Tun Dr. Mahathir  menujudkan  MAJLIS  PEMULIHAN  NEGARA  atau  MPN , tanpa membuang masa  dilaksanakan  serta merta 

24.   MPN  ini selain bertujuan  mengatasi  masalah berkaitan  wabak COVID  dan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat ia juga bagi MENGGELAKAN   rebutan kuasa sekali lagi walaupun MUNGKIN ada yang PERCAYA  mempunyai sokongan 115 dari 220 Ahli Parlimen ; jika diberi peluang  maka muka  - muka itu dari Parti - Parti berkenaan  lah yang akan dilantik sebagai Menteri itu dan ini dan Perdana Menteri pula sekali lagi sebok membeli KATAK  sedangkan  rakyat  TERUS   MENDERITA  dengan   BENDERA  PUTIH  mungkin bertambah lagi 

25.  Terserah kepada rakyat  memilih siapa yang mereka fikir layak  memimpin  negara  sewaktu Pilihanraya Umum ke 15 nanti 

26.  Disertakan keratan akhbar berhubung cadangan MPN  ini


Wassalam
Terima Kasih