NORMAN RADZUAN
Ebit Liew pulanglah segera kami malu...!
MENTERI, MUFTI, 'ULARMAK' TAK BOLEH DIHARAP
Pulanglah segera Ebit Liew... ! kami malu bila melihat bangsa
Cina membantu tanpa persoalkan bendera putih, bangsa apa, agama apa dan parti
apa yg memerlukan bantuan. Kerajaan PP mengambil inisiatif dgn peruntukkan RM 1
juta utk bendera putih. Begitulah juga Econsave dgn slogan 'Its Ok not to be
Okay'. Malah Apek kedai makan pun berikan makanan percuma. Akhlak mereka jauh
lebih mulia dari pedagang2 agama Islam.
Pulanglah Ebit Liew....! Umat Islam di negara kita lesu. Ada
Menteri lebih agresif ke majlis menikah selebriti. Yg Mufti pula sudah la tidak
mahu membantu jatuhkan hukum haram kibarkan bendera putih. Yg Menteri Besar
parti agama pula tidak mahu membantu kpd mereka mengibarkan bendera putih.
'Ularmak' Lebai putih apatah lagi kata2 hinaan.
Pulang Ebit Liew... ! kami org Melayu malu dgn bangsa kami. Malu
dgn pemimpin Cina yg membantu tanpa soal. Kami tahu Ebit Liew juga bangsa Cina
tapi anda Islam. Tidaklah jatuh maruah agama ni... pulanglah Ebit Liew. Kami
malu dan merindui kemunculan anda.