1) Tulisan panjang tapi berbaloi dan mesti baca kerana di sini
dititipkan juga FAKTA dan SEJARAH yg ramai tidak tahu mengenai Ku Li dan DSAI
dgn OT95. Bagi yg TAK SUKA baca tulisan yg panjang janganlah merungut atau
marah. Anda boleh skip shj.
2) Sangat setuju dgn apa yg disebutkan oleh tuan MSO mengenai Ku
Li dan DSAI. Kamal Amir Kamal Hijaz tu memg berkwn baik dgn Lockman Adam.
Lockman yg cuba bina persepsi TANPA HUJAH DAN BUKTI kununnya DSAI hanya
mendapat "perlepasan" BUKAN Pengampunan PENUH. Kamal Amir hanya
menyambut benda fitnah.
3) Saya menganggap ini hanyalah Natijah KETAKUTAN mereka bahawa
DSAI paling layak dan hampir berpeluang menggapai jawatan PM. Sbb mereka tahu
DSAI sudah berkali-kali berurusan dgn Istana Negara secara senyap-senyap
sebelum ini, sebelum YDPA menemui Ketua-ketua parti lagi.
4) Saya sudah sanggah persepsi tipu itu dalam posting saya
bertarikh 20 June 2021 dgn menyiarkan tulisan teknikal sarat dgn hujah oleh
Peguam Mohd Ruzaini Bin Zulkifli dari Tetuan Hafiz Ruzaini & Co. yg
membuktikan PENGAMPUNAN ANWAR SAH DAN TERATUR. Link : https://www.facebook.com/zus.dinii.37/posts/1171578576679858
5) Bersama hujahan tersebut saya sertakan VIDEO yg membuktikan
pegawai Istana MENYEBUT DSAI MENDAPAT PENGAMPUNAN SEPENUHNYA dari KDYMM SPB
YDPA Sultan Mohamad V. Sehinggakan DSAI tidak perlu sign apa2 kerana dia tidak
bersalah. Youtube link : https://www.youtube.com/watch?v=PHc3Ga8zCOE
6) Tidaklah saya mahu menafikan bahawa Ku Li punya jasa yg besar
kpd negara ini. Beliau sebenarnya adalah juga mangsa kpd OT95 dan juga
"OLIGARCHY" terutamanya.Sama seperti DSAI yg dimangsakan oleh
"OLIGARCHY" kerana DSAI menentang SISTEM yg korup.
7) Apa yg didedahkan oleh Kamal Amir tentang Shell, The 7
Sisters, Dunlop dan Guthrie ada benarnya. Tapi apa kurangnya DSAI yg punya
jawatan di IMF dan Bank Dunia?? Malah masih dipanggil oleh Bank Dunia selepas
keluar dari penjara di era Pak Lah. Kamal Amir tahu bahawa DSAI bersih dan
tidak boleh disabitkan dgn kesalahan rasuah sbb itu dia hanya dituduh menyalah
guna kuasa dan liwat. Dalam live Kamal Amir sendiri sebut perkara ini bila mahu
menegakkan hujah yg perkara sebegitu turut berlaku kpd Ku Li.
8.) Tapi mgkin ramai tak tahu, Ku Li juga bersubahat dgn Tun
Razak yg menggunakan Ordinan Darurat 1969-1971 utk mengambil hak minyak Sabah
Sarawak utk diberikan kpd Petronas. Ini berlaku, apabila Ku Li menggubal Act
144 - Akta Kemajuan Petronas 1974 bagi memperkukuhkan cengkaman Petronas ke
atas hasil myk.
9) Perkara itu, pada sudut pandang aktivis di Sabah dan Sarawak
telah "MERAMPAS" hak 2 Wilayah itu ke atas minyak milik mereka
apabila Zon Eksklusif Sempadan Laut mereka dikecilkan kpd 3 batu Nautika shj.
Namun, itu "beside the point" dan ia tidak perlu diperbincangkan di
sini.
10) Saya bersetuju benar yg Ku Li tidak punya masalah dgn DSAI
begitu juga sebaliknya. Semasa di penjara, DSAI melalui Kak Wan dan DS
Saifuddin Nasution Ismail masih menemui Ku Li utk berbincang over dinner.
Butirannya hanya mereka yg tahu walau saya turut dimaklumkan serba sedikit.
11) Ku Li masih punya integriti utk memimpin tapi dia
"Dinasour" politik UMNO yg tidak mendapat sokongan MP-MP. Hakikat ini
berbeza dgn DSAI yg mempunyai sokongan kuat sebahgian besar MP dan Rakyat. Oleh
itu dlm keadaan ini paling Ideal dan Logik bg menyelamatkan negara Ku Li harus
bersedia dan berjiwa besar utk jadi " Second Fiddle" kpd DSAI.
12) Yg saya agak kesal dan ralat bila 3 bulan lalu The Vibes dan
The Malaysian Insight melaporkan Ku Li berkata : “Anwar akan bankrapkan negara
dalam tempoh tiga hari!” (“Anwar will bankrupt the country in three days!”). Ku
Li tidak sepatutnya menyerang DSAI, DSAI tidak berbuat demikian dan kita masih
ada hormat pd Ku Li. Oleh itu Ku Li janganlah buat perangai TAK SEMENGGAH OT95.
Wallahualam.
- Zus Din
25 June 2021