Ceramah Abdul Hadi di Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
" Saudara-saudara sekelian,
Percayalah, kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno. Kita
menentang BN bukan kerana nama dia BN. Kita menentang dia ialah kerana dia
mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan PERLEMBAGAAN kafir, mengekalkan
peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana
itulah kita berjuang melawan mereka. "
"Percayalah saudara-saudara sekelian,
"Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad,
derma kita adalah jihad. Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini
(Umno/Bn) dan kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati
syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah
masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha,
tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan 'politik suku, agama suku." -
Banggol Peradong
TETAPI.....
Pada Mac 2020, beberapa ekor lebai telah mengangkat sumpah
dengan menyebut nama Allah untuk mempertahankan kononnya "Perlembagaan
penjajah/kafir" yang mereka dakwa pada tahun 1981.
Kata lebai sambil mengangkat sumpah untuk menjadi menteri,
WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI,
“Saya, lebai Tuan Berahim/Hadi/Taki/Takiri dll, setelah dipilih
(atau dilantik) memegang jawatan bla..bla..bla...dengan sesungguhnya bersumpah
(atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan
jawatan itu dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat
setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan
mempertahankan PERLEMBAGAANNYA.”
Persoalannya;
1. Adakah perlembagaan sekarang berbeza dengan perlembagaan pada
tahun 1981?
2. Jika menentang puak2 yang mengekalkan PERLEMBAGAAN
penjajah/kafir itu adalah jihad dan boleh mati syahid, apakah sekarang
mempertahankan perlembagaan yang sama juga adalah jihad dan boleh mati syahid?
3. Bagaimana dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan yang menyebut:
A. Amanat Hadi bercanggah dengan Islam.
B. Amanat Hadi bercanggah dengan kepentingan umat Islam dan
kemuliaan agamanya.
C. Amanat Hadi bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiyah.
4. Khabarnya, tiba2 fatwa tersebut 'hilang' dari JAKIM. Mungkin
kebetulan lebai2 telah jadi kerajaan yang mendukung perlembagaan yang mereka
kata kafir itu?
Kesimpulannya;
Dulu2 dialog filem Tiga Abdul (P.Ramlee) - " Jual manusia
lebih untung dari jual unta".
Sekarang, "Jual agama lebih untung dari jual unta
tua".
Walaun, fikir2kan....
WFAUZDIN NS