N
KAK IDA ABDULLAH
Apabila terlintas diminda saya Mahiaddin anak murid Atok
Mahathir akan menggunakan formula Mahagurunya dalam mengekalkan kedudukannya
dengan penuh sedar YDPA tidak mempunyai kuasa memecatnya.
Mahathir walau dimaki, diseranah bertahun-tahun oleh rakyat, khususnya
geng reformasi tetap menebal kulit mukanya dan tahan 6 tahun sebelum dia
memberi kerusi PM kepada Pak Lah. Lucky for him Pak Lah had a clean slate.
Mungkinkah Yiddin akan buat begitu? Undur diri tapi menamakan
pewaris kerana dia sudah belajar dari Mahagurunya bagaimana menjatuhkan PH
dengan meletak jawatan tanpa menamakan pewaris?
Dulu zaman Mahathir walau dimaki hamun setakat kartun Zunar yang
disiar di Harakah, tiada Fb, Insta, Whatsapps, Tiktok bagai. Adakah ketebalan
kulit Yadin melebihi Mahathir? Siapakah clean slate dalam BERSATU yang boleh
Yadin namakan?
Dalam kita dialih perhatian dengan penderhakaan Yadin, Taki,
Speaker dll, tentunya Mahaguru sudah siapkan pelan alternatif menghalang Anwar
berterusan.
Lalu apakah tindakan kita? Kuat manakah keinginan kita melawan
Mahathir dan nafsu syaitannya. Mahabijak Syaitan tidak pernah alpa, kitalah
yang banyak lupa. Dah terantuk baru terngadah.