Ini bukan kerajaan gagal tapi kerajaan tidak bermaruah
MAHIADDIN PM PALING TERUK DLM SEJARAH
Rakyat sedang menderita. Ada yg bunuh diri, ada yg mengalami
gangguan mental, ada yg bercerai berai, ada hilang pekerjaan dan ada yg hancur
perniagaan tetapi Mahiaddin masih terus berdegil utk berkuasa dgn menutup ruang
demokrasi. Najib jauh lebih bermaruah dari Mahiaddin apabila menerima kekalahan
walapun tahu akn menghadapi risiko yg sgt besar demi kepentingan rakyat.
Mengapa takut buka Parlimen sdgkan bukan kita mahu menukar
kerajaan? Buka Parlimen tidak bermaksud terus berganti Perdana Menteri. Kita
mahu bicara soal rakyat. Rakyat skg sangat2 menderita.
Raja2 telah memberitahu bahawa perlu kerajaan yg lebih stabil.
Maksudnya Raja2 Melayu tahu kerajaan ini bukan sahaja gagal tetapi tidak stabil
kerana tiada majoriti. Jika titah Raja2 tidak mahu dipatuhi apa lagi nak
dikata.
PANDEMIK AKN TERUS GAGAL DIATASI
Pandemik Covid19 akan terus gagal diatasi kerana dua faktor.
Pertama ia perlu kerjasama kerajaan dan rakyat. Jika rakyat menolak kerjasama
apatah dgn kerajaan yg dianggap gagal menguruskan pandemik ini bagaimana ia
boleh berlaku.
Kedua kerajaan ini seolah olah bergantung kpd Pandemik. Apabila
tidak mahu membuka Parlimen sedangkan jutaan pekerja kilang dibenarkan
bekerja.. seolah olah tiada ketelusan kerajaan utk segera mengatasi Pandemik
kerana bergantung kpd situasi ini utk terus kekal berkuasa. Apatah lagi kelembapan
vaksinasi yg membuat jutaan rakyat masih menunggu.
Ia perkuatkan lagi hujah dari Dr Pakar Dr Musa Nordin bahawa
pelan pemulihan hanya utk melengahkan masa sebelum gelombang baru tercetus. Ini
mengesahkan tanggapan ramai bahawa kerajaan ini seolah olah sengaja membuatkan
angka kes terus tinggi utk terus berkuasa.
Menyokong fakta2 tersebut yg paling jelas apabila kerajaan
membenarkan kilang2 beroperasi sdgkan 70% punca kluster adalah dari sektor
tersebut. Ia sgt tidak bertanggungjawab dan langsung tidak memikirkan nasib
rakyat yg sudah kelemasan.
Mereka menutup ekonomi yg terkesan 80% peniaga2 kecil Melayu. Mereka arah peniaga2 kecil ini diam di rumah tanpa memikirkan apakah bantuan sewajarnya utk mereka berikan anak isteri makan. Sdgkan lembu dikandang perlu diberikan makanan inikan manusia. Mahiaddin PM paling gagal dan tidak bermaruah.