Mengapa perlu takut buka Parlimen?

 

May be an image of 1 person and text that says "'Pelan pemulihan hanya lengahkan masa sebelum gelombang baru tercetus' Dr Musa Nordin berkata pelan tersebut "bersifat rambang" dan tidak berasaskan "sains yang baik". 16 JUNE 2021 AT 14:15"



Ini bukan kerajaan gagal tapi kerajaan tidak bermaruah

MAHIADDIN PM PALING TERUK DLM SEJARAH

Rakyat sedang menderita. Ada yg bunuh diri, ada yg mengalami gangguan mental, ada yg bercerai berai, ada hilang pekerjaan dan ada yg hancur perniagaan tetapi Mahiaddin masih terus berdegil utk berkuasa dgn menutup ruang demokrasi. Najib jauh lebih bermaruah dari Mahiaddin apabila menerima kekalahan walapun tahu akn menghadapi risiko yg sgt besar demi kepentingan rakyat.

Mengapa takut buka Parlimen sdgkan bukan kita mahu menukar kerajaan? Buka Parlimen tidak bermaksud terus berganti Perdana Menteri. Kita mahu bicara soal rakyat. Rakyat skg sangat2 menderita.

Raja2 telah memberitahu bahawa perlu kerajaan yg lebih stabil. Maksudnya Raja2 Melayu tahu kerajaan ini bukan sahaja gagal tetapi tidak stabil kerana tiada majoriti. Jika titah Raja2 tidak mahu dipatuhi apa lagi nak dikata.

PANDEMIK AKN TERUS GAGAL DIATASI

Pandemik Covid19 akan terus gagal diatasi kerana dua faktor. Pertama ia perlu kerjasama kerajaan dan rakyat. Jika rakyat menolak kerjasama apatah dgn kerajaan yg dianggap gagal menguruskan pandemik ini bagaimana ia boleh berlaku.

Kedua kerajaan ini seolah olah bergantung kpd Pandemik. Apabila tidak mahu membuka Parlimen sedangkan jutaan pekerja kilang dibenarkan bekerja.. seolah olah tiada ketelusan kerajaan utk segera mengatasi Pandemik kerana bergantung kpd situasi ini utk terus kekal berkuasa. Apatah lagi kelembapan vaksinasi yg membuat jutaan rakyat masih menunggu.

Ia perkuatkan lagi hujah dari Dr Pakar Dr Musa Nordin bahawa pelan pemulihan hanya utk melengahkan masa sebelum gelombang baru tercetus. Ini mengesahkan tanggapan ramai bahawa kerajaan ini seolah olah sengaja membuatkan angka kes terus tinggi utk terus berkuasa.

Menyokong fakta2 tersebut yg paling jelas apabila kerajaan membenarkan kilang2 beroperasi sdgkan 70% punca kluster adalah dari sektor tersebut. Ia sgt tidak bertanggungjawab dan langsung tidak memikirkan nasib rakyat yg sudah kelemasan.

Mereka menutup ekonomi yg terkesan 80% peniaga2 kecil Melayu. Mereka arah peniaga2 kecil ini diam di rumah tanpa memikirkan apakah bantuan sewajarnya utk mereka berikan anak isteri makan. Sdgkan lembu dikandang perlu diberikan makanan inikan manusia. Mahiaddin PM paling gagal dan tidak bermaruah.