NORMAN RADZUAN
aaa sudahhh !! Takiyuddin rupanya Loyar butakayu....kena
sekolah dgn Noh Udang dan Kuli
Tafsiran Taki, Pas 40(1) dan Pasal 55 - Mengenai YDPA kena
mendengar nasihat Kerajaan....Taki mentafsir = YDPA " HAMBA ABDI PM !!
YDPA WAJIB IKUT semua KEHENDAK AGENDA POLITIK "JAHAT" PM YG
BERTENTANGAN DGN PERLEMBAGAAN, KEPENTINGAN RAKYAT DAN NEGARA YG TERMAKTUB DI
DLM PERLEMBAGAAN....DEMI MENGEKAL KUASA PM DAN PARTINYA YG DAH HILANG...
PARAH DAN JAHATNYA TAKI MENTAFSIR PASAL 40(1) DAN PASAL 55
PERLEMBAGAAN
Saya setuju dengan pandangan Ku Li. Kalau Perlembagaan masih kuat kuasa, artikel 55 mesti terpakai tetapi bila ada Ordinan Darurat maka Ordinan Darurat mengatasi Perlembagaan maka Yang DiPertuan Agong boleh mengarahkan Parlimen bersidang tanpa nasihat PM. Kalau artikel 55 tidak terpakai maka artikel 40 juga tidak terpakai.
Ringkasnya Ordinan Darurat yang dibuat menurut Artikel 150(2C) Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu Undang-Undang Persekutuan. Pada menjalankan fungsi YDPA di bawah Ordinan Darurat, YDPA tidak tertakluk di bawah Artikel 40 untuk bertindak menurut nasihat Kabinet.
Tambahan pula Seksyen 14 Ordinan Darurat secara spesifik menggantung operasi Perlembagaan dalam hal memanggil atau memprorog atau menangguh sidang Parlimen. Kuasa itu diletakkan kepada YDPA.
Maka, YDPA di dalam menjalankan fungsi di bawah Seksyen 14 Ordinan Darurat, boleh bertindak menurut budi bicaranya, tanpa tertakluk kepada nasihat Kabinet