TIBA MASA RAKYAT KENA BUAT KEPUTUSAN SENDIRI. BILA KES NAIK MENDADAK, RAKYAT DIPERSALAHKAN

 

May be an image of 1 person and standing


NORMAN RADZUAN

Bila kes naik mendadak rakyat dipersalahkan

Jika Kementerian Pendidikan arahkan buka sekolah 12/13 Jun nanti, kita buat keputusan jgn hantar anak ke sekolah kecuali anak kita Form 5/ 6. Kita dah beritahu dulu berisiko dan tiada keperluan terdesak dlm Pandemik ini utk anak ke sekolah tapi Menteri dan kerajaan degil, sombong dan seolah olah keputusan mereka menjadikan anak kita bahan uji kaji.

Bila kes naik, ibu bapa yg menghantar anak ke sekolah didapati anak positif Covid pula akan didenda. Manalah rakyat ada alat pengesan Covid ini. Bila kes naik rakyat saja dipersalahkan sdgkan rakyat sendiri keliru. Perlu diingat bila sekolah dibuka ia membuatkan pergerakan 3-4 juta ( anak dan ibu bapa ) yg aktif di seluruh negara.

Jadi apa salahnya kita rakyat yg buat keputusan utk tidak menghantar anak2 ke sekolah. Pasti Kementerian terpaksa akur, yelah buka sekolah tiada pelajar. Biar kementerian pendidikan kembali memulakan PdPR dgn lebih efektif. Tgklah ada Menteri Pendidikan mengakui dia tersilap buat keputusan... jgn harap... tetap rakyat yg salah.

Kita sudah sarankan biar ekonomi negeri sahaja bergerak. Jgn kita kalah 2-0... kalah Covid dan kalah ekonomi. Dua2 boleh buat rakyat sakit dan mati. Biar ekonomi negeri bergerak sendiri dgn menutup pintu sempadan negeri buat sementara. Sehingga kes kita berada di paras bawah 500 kes dan 80% rakyat kita divaksin pintu sempadan negeri dibuka.

Wang KWSP iaitu wang rakyat sendiri telah ramai gunakan utk modal berniaga, jika ditutup apa lagi yg mereka tinggal. Sebab itu kerajaan mesti buka ekonomi negeri jika tidak ramai yg lebih merana. Tutup pintu sempadan negeri itu sahaja jalan terbaik buat masa ini dari menutup terus ekonomi.

Hinggakan jumlah kes mendadak naik, majoriti rakyat menganggap kerajaan menipu sekaligus tempias terkena kpd KKM. Apatah lagi bila Parlimen tidak mahu dibuka dan VIP2 seronok ke sana ke sini dgn melanggar SOP tanpa dihukum. Rakyat dah bosan kegagalan kerajaan menguruskan Pandemik, sikap double standard dan menggunakan Pandemik utk kepentingan politik peribadi.