NORMAN RADZUAN
Bila kes naik mendadak rakyat dipersalahkan
Jika Kementerian Pendidikan arahkan buka sekolah 12/13 Jun
nanti, kita buat keputusan jgn hantar anak ke sekolah kecuali anak kita Form 5/
6. Kita dah beritahu dulu berisiko dan tiada keperluan terdesak dlm Pandemik
ini utk anak ke sekolah tapi Menteri dan kerajaan degil, sombong dan seolah
olah keputusan mereka menjadikan anak kita bahan uji kaji.
Bila kes naik, ibu bapa yg menghantar anak ke sekolah didapati
anak positif Covid pula akan didenda. Manalah rakyat ada alat pengesan Covid
ini. Bila kes naik rakyat saja dipersalahkan sdgkan rakyat sendiri keliru.
Perlu diingat bila sekolah dibuka ia membuatkan pergerakan 3-4 juta ( anak dan
ibu bapa ) yg aktif di seluruh negara.
Jadi apa salahnya kita rakyat yg buat keputusan utk tidak
menghantar anak2 ke sekolah. Pasti Kementerian terpaksa akur, yelah buka
sekolah tiada pelajar. Biar kementerian pendidikan kembali memulakan PdPR dgn
lebih efektif. Tgklah ada Menteri Pendidikan mengakui dia tersilap buat keputusan...
jgn harap... tetap rakyat yg salah.
Kita sudah sarankan biar ekonomi negeri sahaja bergerak. Jgn
kita kalah 2-0... kalah Covid dan kalah ekonomi. Dua2 boleh buat rakyat sakit
dan mati. Biar ekonomi negeri bergerak sendiri dgn menutup pintu sempadan negeri
buat sementara. Sehingga kes kita berada di paras bawah 500 kes dan 80% rakyat
kita divaksin pintu sempadan negeri dibuka.
Wang KWSP iaitu wang rakyat sendiri telah ramai gunakan utk
modal berniaga, jika ditutup apa lagi yg mereka tinggal. Sebab itu kerajaan
mesti buka ekonomi negeri jika tidak ramai yg lebih merana. Tutup pintu
sempadan negeri itu sahaja jalan terbaik buat masa ini dari menutup terus
ekonomi.
Hinggakan jumlah kes mendadak naik, majoriti rakyat menganggap
kerajaan menipu sekaligus tempias terkena kpd KKM. Apatah lagi bila Parlimen
tidak mahu dibuka dan VIP2 seronok ke sana ke sini dgn melanggar SOP tanpa
dihukum. Rakyat dah bosan kegagalan kerajaan menguruskan Pandemik, sikap double
standard dan menggunakan Pandemik utk kepentingan politik peribadi.