Polis sahkan terima laporan wanita dakwa dirogol kenalan ADUN


Sinar Harian
Polis sahkan terima laporan wanita dakwa dirogol kenalan ADUN
Polis sudah menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa dirogol oleh salah seorang daripada dua kenalan seorang ADUN di sebuah hotel di Sri Hartamas pada Disember lalu. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis sudah menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa dirogol oleh salah seorang daripada dua kenalan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sebuah hotel di Sri Hartamas pada Disember lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim mengesahkan perkara tersebut.
"Betul (sudah terima laporan), kes masih dalam siasatan," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabt
Menurut laporan polis itu, mangsa berusia 33 tahun mendakwa ADUN terbabit menjemputnya untuk meraikan ulang tahun kelahirannya pada 4 Disember lalu bersama dengan kenalan rapatnya dan dua rakan wanita.
Selepas makan malam, wanita itu mendakwa mereka semua pergi berkaraoke dan turut meminum minuman beralkohol serta mabuk.
Seorang rakan mangsa pula mendakwa seorang lelaki lain menyertai mereka di bilik karaoke berkenaan.
Mangsa mengatakan bahawa dia mempunyai ingatan samar berhubung apa yang berlaku setelah berkaraoke, namun mendakwa ADUN berkenaan menolongnya untuk berjalan kerana dirinya lemah dan hampir pengsan.
Ingatan terakhirnya sebelum tidak sedarkan diri ialah wajah kenalan ADUN itu di atasnya.
Menurut laporan polis itu, wanita berkenaan bangun pada jam 4.15 pagi pada 5 Disember lalu di bilik hotel seorang diri dan mendapati dirinya tidak memakai pakaian dan merasakan seseorang telah menyentuhnya.
Dia kemudian menemui kondom di bilik mandi, bagaimanapun tidak pasti yang mana antara dua rakan ADUN itu merogolnya.
Wanita itu memaklumkan bahawa dia telah membawa barang yang dijumpai dari hotel berkenaan sebagai bukti untuk kesnya itu.
Artikel asal di Sinar HarianPolis sahkan terima laporan wanita dakwa dirogol kenalan ADUN