By
Wartawan MalaysiaGazette
18 May 2021
KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak ada sebab untuk menyambung darurat
selepas 1 Ogos ini.
Ini kerana, sudah jelas dan nyata darurat yang diisytiharkan
kerajaan gagal menurunkan kes Covid-19, sebaliknya kes semakin tinggi, kata
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.
”Apatah lagi cukup jelas dan nyata
‘darurat’ gagal menurunkan kes Covid-19. Bahkan semakin tinggi meningkat.
”Justeru tidak ada sebab darurat disambung selepas 1 Ogos 2021,”
katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Malaysia diisytihar darurat bagi menangani ancaman Covid-19
berkuatkuasa 11 Januari lalu hingga 1 Ogos 2021 atau suatu tarikh yang lebih
awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan
berkesan.
Dalam pada itu, beliau bertanya sudah
berapa kali mesyuarat Jawatankuasa Khas Bebas Darurat diadakan sejak mesyuarat
pertama kali pada 18 Februari lalu.
Katanya, rakyat mahu tahu mengenai perkembangan jawatankuasa
tersebut yang fungsi utamanya menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai
kewujudan darurat dan penamatannya.
”Persoalannya sudahkah jawatankuasa khas ini mengadap YDP Agong
dan memberi maklum balas.
“Jangan nanti Jawatankuasa Merayu Tamat Proklamasi Darurat di
bawah Khalid Samad akan lebih awal mengadap Yang di-Pertuan Agong,” jata
beliau.
Mohd Puad berharap Jawatankuasa Khas Bebas ini akan beri maklum
balas yang setepatnya kepada baginda berdasarkan data dan sains.