NORMAN RADUAN
JAUHI DIRI KITA DARI ISTIDRAJ
Ada artis popular beritahu kalau dia keluar 44 hari siapa nak
beri anak bini dia makan? Beritahu dia yang selama hari ini beri makan dia dan
anak anaknya adalah Allah. Kita sekadar berusaha tapi yang tentukan rezeki itu
tetap Allah. Keluar ke jalan Allah, pasti Allah bantu kita... itu janji Allah.
Tak mahu keluar buat usaha dakwah tak mengapa tapi jangan persendakan bab rezeki
ni.
Cuma bila kita tak tahu... jgn mudah membuat andaian. 50 tahun
lamanya.. org tuduh Tabligh jamaah tinggal bini ( anak bini kelaparan ). Macam
dalam politik DS Anwar atu DAP itu dituduh jahat, berhaluan komumis dan macam-macam lagi
sb bangsa Melayu mudah termakan persepsi tanpa mahu mengenali persepsi itu.
Salah tu sebab tertib nak keluar berdakwah dlm jamaah Tabligh
itu byk SOPnya. Niat berapa hari atau bulan ? Berapa bajet? Jika bajet sedikit
layak ke kawasan berdekatan dan tempoh hanya 3 hari sahaja walaupun azam 40
hari... kalau byk boleh lah ke luar negeri atau negara. Sebab bajet yg
dimaklumkan separuh hendaklah utk keluarga di rumah.
Tapi kalau kita mencari keburukkan jamaah ini kita akn jumpa
sepertimana organisasi2 lain yg ada tapi jika kita mencari kebaikkan kita akn
jumpa kebaikkan tersebut.
Ramai suami2 kita yg terpaksa out station berminggu, berbulan
dan bertahun lamanya. Tidak menjadi isu. Pesan saya jgn kita kata persoal
rezeki ini seolah olah di tangan kita. Apatah jika individu itu saving beratus
ribu masih bimbang keperluan anak bininya.
Mcm saya tinggalkan anak bini sebulan dan dulu dua bulan utk
tujuan politik. Tak ada org pertikaikan? Sebab itu hati kita kena bersih dgn
Tuhan. Kena yakin sungguh dgn Allah. Apa salahnya sekali sekala keluar utk
agama apatah lagi jika keperluan isi rumah semua cukup. Laki kahwin lagi tak
beri takkan laki keluar jalan Allah pun tak beri.. jgn la begitu. Lagipun tak
pula kita pertikaikan org tua2 kata sayangkan bini tinggal tinggalkan
Jauhilah diri kita dari istidraj. Apa itu istidraj? Ia adalah
kurniaan yg ALLAH swt berikan tanpa putus kpd seseorang walaupun dia bukanlah
seorang hamba yg taat kpdNya. Malah, dia adalah ahli maksiat yg tegar.
"Aku tak solat, tapi aku berjaya. Jadi tak betullah solat
itu membawa kejayaan. Dia byk buat maksiat tetapi kekayaannya tak pernah
putus." Jauhkan sama sekali perasaan seperti ini.
Jika kita ada bersama keluarga sekalipun jika Allah ambil nikmat
kesihatan bagaimana? Apapun marilah kita mendoakan kebaikan utk artis
tersebut... Amin. Kita semua ini pendosa yg keaiban kita ditutup olehNya.
Tanamkan pada diri kita Allah sayang kita...Allahuakbar...
Insyallah.