MB PUN SELUT, PADAN MUKA HANGPA DOK PILIH LEBAI KELARAH MACAM GITU..

 


Penduduk di Kedah kecewa tiap hari minum air selut

Penduduk di Kedah kecewa tiap hari minum air selut

Lebih 100 penduduk di Kampung Tanjung Pari dan Kampung Batu Lapan di sini mendakwa, sumber tadahan air bukit yang digunakan mereka keruh dan berselut akibat aktiviti pembalakan sejak kebelakangan ini.

Penduduk yang ditemui merasa kecewa kerana mendakwa menerima bekalan air tercemar itu untuk kegunaan harian.

Peniaga kedai runcit, Mohd. Shahrul Izwan Romali, 33, dari Kampung Tanjung Pari berkata, masalah bekalan air keruh dan berselut itu menimbulkan kesulitan kepada penduduk yang bergantung kepada saluran air bukit berkenaan.

Menurutnya, masalah air tercemar dengan tanah merah kerap berlaku sejak hujung tahun lalu dipercayai selepas berlaku aktiviti pembalakan di sekitar takungan air di Sera Ular di sini.

“Kami guna air yang disalurkan paip dari bukit atau dikenali sebagai air masyarakat sejak puluhan tahun lagi, namun sejak akhir-akhir ini bekalan air tersebut keruh dan berselut,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mohd. Shahrul memberitahu, keadaan tersebut menyebabkan penduduk terpaksa membuka paip air dulu untuk membuang air berselut sehingga bekalan air elok sedikit untuk kegunaan ­harian.

“Kadang-kadang kami terpaksa menunggu hingga malam untuk mendapatkan bekalan air yang lebih bersih, itu pun jika hujan tidak turun, jika hujan turun kami terpaksa mencari alternatif lain seperti menadah air hujan dan guna air sungai untuk kegunaan harian,” ujarnya lagi.

Menurutnya, pihak kerajaan perlu memantau kegiatan pembalakan di kawasan tersebut supaya tidak menjejaskan sumber air penduduk.

Sorang suri rumah, Rubiah Talib, 66, berkata, kadang-kala berhari-hari dia tidak dapat membasuh dah memasak jika menerima air berselut.

“Kalau jadi begitu saya terpaksa guna air botol yang disimpan atau air sungai saja,” ujarnya.