JAMZURI ARDANI
AMACAM ? LENA KA APA?
Menteri Kewangan PH dulu kerja sampai lewat malam. Kekadang
sampai tidur di pejabat. Semata-mata nak perkukuhkan kewangan kerajaan.
Padahal masa mula ambil kerajaan dulu kantong kerajaan hampir
kosong. Dengan usaha dan kerja keras pasukannya, kedudukan kewangan kerajaan
semakin stabil. Malangnya, hasil belum sempat dinikmati rakyat. Langkah
Sheraton dan adegan tebuk atap berlaku.
Masa mula curi mandat dulu, Mahiadin cuba beli sokongan rakyat
dengan pelbagai gula-gula politik. 'Scheme of things', katanya. Tapi beliau
hanya tahu guna wang yang kerajaan PH kumpul. Dia tak tahu cari sumber dana
baru. Menteri Kabinet yang begitu ramai tidak membantu. Malah lebih menjadi
beban buat negara.
Sekarang semua rakyat sedang menerima padahnya. Kos hidup
meningkat. Ekonomi sakit. Pelabur lari.
Mahiadin pun sudah mengaku, kerajaan sudah tidak ada banyak duit
lagi.
Alkisahnyer!!!