APAKAH MENTERI DALAM NEGERI TAHU?



Tamrin Tun Ghafar

Rabu 
( 1 - 23 )


1.  Saya  tidak berminat  hendak menyentuh tentang Perhimpunan  Agung UMNO atau PAU  kerana  keputusannya  TELAH  PUN  DIJANGKA.

2.   Majlis Kerja Tertinggi  ( MKT ) menyerah  kepada  Perwakilan  membuat keputusan tapi hari ini PAU  serah semula  kepada MKT  tentukan  tarikh  bila  nak tarik break - dalam ayat mudah rakyat di pertontonkan permainan bola sepak oleh UMNO  dan MKTnya.

3.   Untuk apa dan siapa  ianya dilakukan; bak kata  orang muda TST  -  Tahu Sama Tahu !!! jer lah.

4.  Lebih baik artikel  ini ditumpukan kepada isu yang lebih SERIUS dari  TERUS  ditipu oleh Jawa kaki pukul ini.

5.  Jika Azman Osman, Penolong Pengarah  Cawangan Khas Anti Pengganas ( E8 ) tidak mendedahkan  percubaan membunuh ini, tidak mustahil ianya akan senyap begitu saja.

6.  Begitu juga  jika sekiranya ia tidak serius takkan Majlis Presiden Pakatan Harapan atau PH   sanggup mengeluarkan  satu kenyataan serius berhubung perkara tersebut.

7.  Ia berhubung cubaan membunuh  Perdana Menteri ketika itu,?Tun Dr. Mahathir; Menteri Kewangan, Lim Guang Eng; Menteri Agama, Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Tommy Thomas, Peguam Negara.

8.  Kepada Pasukan Polis  khususnya Cawangan Khas Anti Pengganas ( E8 ), kita  mengucapkan setinggi tahniah  di atas kejayaan mematahkan percubaan tersebut.

9.  Oleh kerana ianya terlalu serius saya yakin Cawangan tersebut mungkin telah memaklumkan  kepada Ketua Polis Negara ( IGP ) yang kemudiannya menyampaikan maklumat itu kepada Menteri Dalam Negeri yang  kebetulan ketika itu adalah Muhyiddin Yassin.

10.  Terserahlah  sama ada beliau  telah memaklumkan kepada Perdana Menteri atau menyimpan sahaja maklumat itu.

11.  Jika Perdana  Menteri tidak dikongsikan   maklumat  tersebut maka TINDAKAN  TEGAS  BOLEH  diambil terhadap Muhyiddin.

12.  Apakah beliau  berharap jika pembunuhan itu berlaku maka  beliaulah jadi pengganti Perdana Menteri?

13.  Seperti berbagai tuduhan yang dilemparkan termasuk dakwaan beliau pernah mengadakan hubungan seks dengan Nika Gee, isteri orang ketika itu dan dakwaan  isu projek bernilai lebih RM1.2  Billion yang diberi kepada menantu beliau  tidak lama dulu  dan isu pembinaan 3 Balai Raya di Pagoh, Kawasan Parlimen beliau  berniliai RM35 juta diberi  TANPA   TENDER, begitu juga  cabaran beliau menghadiri  DEBAT  TERBUKA, beliau memilih memekakkan telinga dan menutup mulut seperti orang bisu.

14.  Seperti  SUMPAH  JAWATAN, Agong  WAJIB  BERLAKU  ADIL  DAN  PERLU  mengarahkan satu  Suruhanjaya  Di Raja  diwujudkan SERTA MERTA   yang dianggotai oleh  mereka  yang berintegriti  atau  dalam  lain - lain perkataan  mereka yang tidak boleh dibeli atau disuap dengan wang ringgit atau projek  bagi MENYIASAT  perkara tersebut sehingga ke akar umbi.

15.  Suruhanjaya  Di Raja ini  diberi tempoh masa yang tidak lama dan perjalanannya  boleh diikuti oleh rakyat.

16.  Dengan kuasa yang ada di tambah pula   MENDAPAT  SOKONGAN  KUAT  YDP Agong, maka beliau  boleh buat apa saja termasuk Mengisytiharkan  Darurat  dan  menggantung Persidangan Parlimen.

17.  Justeru TIDAK  MENGHAIRANKAN  LANGSUNG  JIKA  Agong juga bersetuju dengan  'nasihat'  seorang Perdana Menteri ysng  TIDAK  ADA  MAJORITI   DAN  MARUAH  ATAU  INTEGERITI  di mata rakyat dan dunia bagi MENOLAK cadangan penubuhan Suruhanjaya Di Raja MENYIASAT perkara ini.

18.  Hari ini Muhyiddin boleh guna wang ringgit dan ugutan  bagi mendapat  lebih banyak  katak - katak melompat ke kolam beliau; ini semua dilakukan bagi meyakinkan  Agong  dan  Raja - Raja Melayu  KONONNYA beliau sudah ada majoriti.

19.  Katak - katak ini pula  melompat KONONNYA  demi  rakyat Kawasan yang diwakili mereka dan KONONNYA  Muhyiddin adalah Perdana Menteri terbaik sejak Merdeka.

20.  Rakyat dan Pengundi  tahu  mereka sama ada telah diugut dan dalam masa yang sama di bayar berjuta ringgit.

21.  Jika UMNO / BN yang  begitu gagah dengan  'CASH  IS  KING' dan  hampir kesemua Jentera Kerajaan digunakan  TERMASUK  beberapa orang Raja yang  SANGGUP  MELANGGAR  PERLEMBAGAAN  semata - mata mahukan UMNO/BN  terus berkuasa namun rakyat khususnya pengundi  MENOLAK , inikan  pula  Muhyiddin dan BERSATUnya.

22.  SEKALI  LAGI  SEBAGAI  AMARAN, Parti  BERSATU, Insha Allah  setelah kalah  pada Pilihanraya Umum akan datang,  Muhyiddin, Azmin, Hamzah dan ramai lagi  juak - juaknya  PASTI  akan disiasat  dan di hukum.

23.  FIKIRLAH  SEBELUM  NASI  MENJADI  BUBUR.


Wassalam
Terima Kasih.