Hari ini Ramadan
pertama.
Saya ditemukan dengan
seorang rider food panda yang menginsafkan saya tentang nilai sebuah kehidupan.
Adik Mohamad mengayuh
basikal meredah hujan dan panas demi sesuap nasi, walaupun ketika berpuasa.
Apabila saya bertanya
kepadanya, mengapa dia berbasikal dan tidak menunggang motorsikal seperti yang
lain; dia jawab, dia tidak ada motorsikal.
Basikal pun dipinjam
daripada kawan, itupun seat dia dan banyak yang dah rosak. Tapi demi mencari
rezeki, dia redha.
Adik Mohamad berusia
22 tahun, merantau jauh dari Kelantan ke Pulau Pinang untuk bekerja.
Keluarganya tidak kaya tapi mementingkan pendidikan. Ada 10 orang adik beradik.
Ayahnya seorang guru agama. Dia sendiri lulusan diploma kejuruteraan Poli,
dengan keputusan cemerlang.
Tapi setakat ini
gajinya hanya RM500 sebulan, nak makan pun tak cukup, sewa bilik dia tak bayar,
atas ehsan kawannya. Adik Mohamad tidak merungut, malah bersyukur dengan
peluang yang ada. Sebaliknya lepas kerja setiap hari, dia pinjam basikal kawan
untuk jadi rider food panda. Lepas kerja, rehat satu jam, pi kayuh sampai 11
malam. Dapat RM20-30 sehari, cukup makan beberapa kali. Ada kala, makan nasi
lemak tiap-tiap hari sebab nak jimat duit.
Saya tengok kedua-dua
belah tangannya pun sudah terbakar dek terik matahari.
Mata masuk habuk
mendengar kisah adik Mohamad.
Walaupun saya hormat
Tun Dr Mahathir, saya dari dulu lagi tak setuju dengan stereotype Tun yang kata
Cina kaya, Melayu malas. Ramai Cina yang bergelut demi mencari makan, ramai
anak Melayu seperti adik Mohamad yang rajin berusaha demi kehidupan.
Bila saya tanya adik
Mohamad apa pertolongan yang diperlukan, dia segan nak jawab.
Beginilah, saya tak
pandai hal agama, tapi kawan-kawan ajar saya bulan Ramadan ini banyak berkat.
Saya mohon berkat Ramadan, saya belikan adik Mohamad sebiji motor.
Asalnya adik Mohamad
macam tak percaya.
Tapi bila saya bawa ke kedai motor kat Bukit Mertajam, dia terus terharu. Kita beli Honda. Saya bayar cash. Kalau orang kecam saya guna peruntukan kerajaan beli motor, saya nak habaq saya tak ada peruntukan nak guna. Saya sekarang Ahli Parlimen pembangkang. Ini saya beli guna wang gaji saya sendiri. RM4,500 termasuk road tax, insurans, settle penuh, minyak isi full tank, adik Mohamad boleh terus bawa motor ini tak payah bimbang. Bolehlah adik naik motor ke kerja (sekarang dia tumpang motor kawan) dan jika jadi rider, tak payah susah susah kayuh basikal. Usah risau lagi hujung Ramadan macam mana nak balik Kelantan jumpa mak ayah - kuda sudah ada.
Kami juga pergi
farmasi beli krim aloe vera dan krim sunblock. Saya peringat adik Mohamad agar
wajib sapu krim setiap kali sebelum keluar buat food panda. Kita perlu jaga
kesihatan diri. Kalau jatuh sakit, mak ayah juga yang akan bimbang.
Hari ini Ramadan pertama,
saya belajar satu benda yang penting. Kita perlu banyak-banyak bersabar dalam
menempuh cabaran hidup. Jangan putus asa walau susah macam mana sekalipun,
dongipap kipidap! Setiap perkara ada hikmahnya, Tuhan tidak pernah mengabaikan
kita. Adik Mohamad telah menginsafkan saya tentang perkara ini.
Iftar pertama tahun ini, saya buka puasa bersama adik Mohamad. Walaupun berjauhan dari keluarga dan terpaksa bekerja keras mencari rezeki, saya doakan Ramadan ini akan menjadi Ramadan yang lebih bermakna buat dirinya.