Semalam Kak Wan menghadiri majlis sempena Ramadhan di kawasan
Parlimen beliau. Ia perkara biasa tapi yg luar biasanya lihatlah kasut Bata dan
handbag beliau. Dia tak mampu.. ? gajinya dulu dekat RM 100 ribu sebulan. Gaji
Parlimen dan elaunnya juga puluhan ribu... ia bukan soal berapa wang yang ada ia
soal tawaduk semulajadi yang ada pada dirinya.
Dengan kasut Bata itu sahaja beliau Mesra Muslim ke sana sini
bertemu pemimpin-pemimpin dunia. Jika melihat kasut itu kita dapat melihat ia sudah lama
dipakai dan kerap dipakai. Gambar ini sempat dirakamkan oleh Pegawai Parti
Cabang Pandan ketika kehadiran Kak Wan semalam.
Ramai yg tidak tahu dan cerita ini telah disampaikan sendiri
oleh Pegawai Khasnya sewaktu menjadi TPM, Tuan Haji
kpd saya ... Pegawai-pegawai TPM di Putrajaya yang beberapa bulan masih
dalam proses penjawatan dan gaji dahulu ..Kak Wan telah dahulukan gaji mereka dengan
duit poketnya sendiri tanpa dibayar kembali. Malah Kak Wan mahu pemberiannya
dirahsiakan kepada Pegawai-pegawainya.
Saya hairan bagaimana insan dan keluarganya difitnah dan dihina
kononnya beliau dan suaminya jika berkuasa tidak akan membela Melayu dan akan
membuat agama ini terhina??? Yang peliknya kita boleh percaya dari pemfitnah yang
mereka hidup bermewahan mewahan.