Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, kesediaah Ahli Parlimen
pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan bekerjasama adalah semata-mata
kerana mahu membela nasib DAN kepentingan rakyat.
... Dilaporkan oleh Fareez Azman dari Astro Awani pada 20hb
Januari 2021...
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
memberi bayangan bahawa Ahli Parlimen pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen
kerajaan bersedia untuk bekerjasama bagi membentuk pentadbiran negara yang
lebih stabil.
Kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, kesediaan untuk bekerjasama
adalah semata-mata kerana mahu membela nasib dan kepentingan rakyat.
"Saya nak umumkan di sini, selain daripada warkah Yang
di-Pertuan Agong (merayu Seri Paduka menggugurkan pengisytiharan darurat)
daripada pembangkang (terdapat juga) dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan
(mengutus warkah).
"Ini menunjukkan kesediaan kita bermuafakat, bekerjasama
untuk membentuk satu pentadbiran lebih stabil dan menjaga kepentingan rakyat
itu mengatasi kepentingan politik kepartian khusus yang terbatas," katanya
dalam sidang media secara dalam talian menerusi Facebook rasminya pada Rabu.
Sebelum ini, Presiden PKR itu meminta semua Ahli Parlimen untuk
mengutuskan warkah memohon Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah untuk membatalkan Pengisytiharan Darurat
dan menitahkan sidang Parlimen dalam kadar segera.