Salam Jumaat kepada saudara dan saudariku sekalian.
TAZKIRAH SUBUH:
Aku pernah benci dan marahkan Tun M, Pak Lah serta DS Najib
semasa mereka menjadi Perdana Menteri Malaysia suatu ketika dahulu. Aku pun
pernah menulis tentang kemarahan aku terhadap mereka bertiga. Banyaklah
sebab-sebabnya yg telah mendatangkan kemarahan aku itu dan ianya bukan di
sebabkan oleh perbezaan parti dan idealogi semata-mata. Namun dalam keadaan
begitu..demi Allah, aku masih menghormati mereka sebagai PM Malaysia kerana
mereka menang serta telah di angkat menjadi PM melalui suara Demokrasi dan
suara rakyat.
Muhyiddin Yassin?. Aku mmg mintak maaf lah banyak2. Walau sebesar zarah atau sebesar hama sekalipun, aku tidak pernah mempunyai sedikitpun rasa hormat terhadapnya sebagai PM. Langsung tiada!!!. Dan secara peribadinya pula...aku tidak pernah pun menganggap dan mengiktiraf beliau sebagai PM Malaysia (tak perlu sebarang pengiktirafan dari aku pun).
Pada aku lah kan,
Malaysia masih belum ada PM selepas era pemerintahan Pakatan Harapan yg 'di
rampas kuasanya' oleh Yiddin dan sekutu-sekutunya. Begitu jugaklah pandangan
aku terhadap jemaah Menteri Malaysia yg ada hari ini. Yup, sehingga hari ini
pun, takde langsung rasa hormat aku kepada gerombolan Menteri2 yg hanya duk
makan gaji buta semua tu. Maka persoalan yg timbul, salahkah aku bertindak,
berfikiran dan berpendirian seperti itu?. Tidak salah, kan?, kerana aku juga
dgn penuh yakin dan teramat2 pasti memberitahu anda bhw terdapat terlalu ramai
lagi rakyat Marhaen yg berfikiran dan mempunyai pendapat yg sama seperti yg aku
lalui. Ya..Itu semua kata akal dan kata hati dari aku sendiri. Pendapat dan
pandangan korang, camane pulak?.
Saya tanya ikhlas ni...dan ada bantahan tak?.
Assalamualikum wbt.
Yg ikhlas, jujur dan benar,
Mohd Asri Bakar.