MENTERI MALAYSIA CAP AYAM?

 

Salam Jumaat kepada saudara dan saudariku sekalian.

TAZKIRAH SUBUH:

Aku pernah benci dan marahkan Tun M, Pak Lah serta DS Najib semasa mereka menjadi Perdana Menteri Malaysia suatu ketika dahulu. Aku pun pernah menulis tentang kemarahan aku terhadap mereka bertiga. Banyaklah sebab-sebabnya yg telah mendatangkan kemarahan aku itu dan ianya bukan di sebabkan oleh perbezaan parti dan idealogi semata-mata. Namun dalam keadaan begitu..demi Allah, aku masih menghormati mereka sebagai PM Malaysia kerana mereka menang serta telah di angkat menjadi PM melalui suara Demokrasi dan suara rakyat.

Muhyiddin Yassin?. Aku mmg mintak maaf lah banyak2. Walau sebesar zarah atau sebesar hama sekalipun, aku tidak pernah mempunyai sedikitpun rasa hormat terhadapnya sebagai PM. Langsung tiada!!!. Dan secara peribadinya pula...aku tidak pernah pun menganggap dan mengiktiraf beliau sebagai PM Malaysia (tak perlu sebarang pengiktirafan dari aku pun). 

Pada aku lah kan, Malaysia masih belum ada PM selepas era pemerintahan Pakatan Harapan yg 'di rampas kuasanya' oleh Yiddin dan sekutu-sekutunya. Begitu jugaklah pandangan aku terhadap jemaah Menteri Malaysia yg ada hari ini. Yup, sehingga hari ini pun, takde langsung rasa hormat aku kepada gerombolan Menteri2 yg hanya duk makan gaji buta semua tu. Maka persoalan yg timbul, salahkah aku bertindak, berfikiran dan berpendirian seperti itu?. Tidak salah, kan?, kerana aku juga dgn penuh yakin dan teramat2 pasti memberitahu anda bhw terdapat terlalu ramai lagi rakyat Marhaen yg berfikiran dan mempunyai pendapat yg sama seperti yg aku lalui. Ya..Itu semua kata akal dan kata hati dari aku sendiri. Pendapat dan pandangan korang, camane pulak?.

Saya tanya ikhlas ni...dan ada bantahan tak?.

Assalamualikum wbt.

Yg ikhlas, jujur dan benar,

Mohd Asri Bakar.