BOB KELANANG
BETAPA TERUKNYA SISTEM LOKAP MALAYSIA
Ianya adalah satu rahsia terbuka (open secret) bila mana kita
menceritakan tentang keberadaan lokap di balai-balai Polis Malaysia...
Sama ada dari segi kebersihan itu satu hal lah juga... yang
memang boleh dikatakan kurang tahap kemanusiannya... tapi juga dari segi
kemudahan asas dan jugak keselamatan tahanan... kita faham kebanyakan Balai
Polis di Malaysia sebenarnya agak uzur... ada yang telah dibina sebelum
Merdeka... cukup banyak sebenarnya...
Kita cuma gunakan apa yang ada... dengan peruntukan yang cukup
terhad... jadi usah katalah nak berikan satu keadaan lokap yang bersifat
kemanusiaan...
Namun itu sepatutnya tidaklah menjadikan alasan untuk tidak
bersifat kemanusiaan...
Bukan semua suspek yang ditahan dilokap adalah seorang
pesalah... urusan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak itu bukan urusan
Polis... Itu urusan Mahkamah... jadi sementara seseorang itu belum didakwa di
Mahkamah dan disabitkan hukuman... mereka ditahan dilokap... dan ini tidak
menjadikan mereka tidak berhak untuk mendapat layanan bersifat kemanusiaan...
Banyak kes kecelakaan di dalam tahanan lokap yang kita dengar
selama ini... ada yang katanya mati akibat menggantung diri... ada yang
disebabkan paru-paru berair... ader yang disebabkan pukulan objek tumpul (blunt
object)... malah ader kes baru-baru ini sampaikan ader tahanan lokap yang
dirogol oleh tahanan yang lain...
CCTV yang ader di banyak lokap biasanya hanya sekadar untuk
pemantauan tahanan sahaja... dan bukannya ada kemudahan merekod... pelik tapi
benar... sedangkan benda yang sama boleh sahaja diaktifkan untuk kemudahan
merekod... kebanyakan CCTV di lokap hanya capture video di kawasan pintu dan
laluan keluar masuk lokap sahaja... dan bukannya di dalam lokap itu sendiri...
Dalam kes tahanan lelaki merogol tahanan perempuan di lokap...
ini memang agak menyedihkan kalau kita mendasarkan kes ikut affidavit tahan
perempuan tersebut... bagaimana tahanan lelaki boleh lolos keluar masuk sel
lokapnya (dengan kunci ada ditangan) dan boleh masuk ke lokap tahanan perempuan
yang berkunci kemas...
Something fishy about this incident... betul... sesuatu yang
pelik... macam ada salahlaku penugasan di lokap yang dilakukan oleh anggota
Polis yang ditugaskan untuk mengawal lokap tersebut... aku tidaklah mahu nak
menuduh... tapi aku rasa ada banyak yang tak kena... mungkin ada pihak yang
sengaja menyuruh tahanan lelaki tersebut untuk merogol tahanan perempuan
tersebut sebagai balas dendam atau sebagai peringatan kepadanya...
Sori... aku tak nak tuduh... tapi luorang sendiri pun boleh agak
kan... huhuhuhuuuu, jilaker!!