Dengan itu, bukan saja nasihat Muhyiddin kepada Agong ketika beliau mencadangkan darurat dilaksanakan sebelum ini boleh dipertikaikan, malah berdasarkan surat daripada majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang sudah sampai ke Istana Negara, jelas menunjukkan kedudukan Perdana Menteri sudah menjadi minoriti.
Selagi pihak yang tiada sokongan majoriti atau sudah jadi minoriti terus dibenarkan berkuasa, selagi itulah ketidaktentuan dan kecelaruan tidak akan berkesudahan.