S’PURA SARING 55K PEKERJA ASING, KEMATIAN BERTAMBAH TAKSAMPAI 8 ORANG
S’pura saring 55k pekerja asing, kematian bertambah taksampai 8 orang
Semalam Ketua pengarah kesihatan ada menyentuh 2 kematian pada usi yang muda tanpa sebarang rekod sakit kritikal akibat Covid-19.. Semalam juga kita dengar ada anggota PDRM yang terpaksa kuarantin kendiri di rumah Meninggal Dunia..
Seminggu lepas, Aku ada sentuh ada beberapa kematian pada usia muda di Hospital Serdang.. dan minggu lalu Tun Mahathir pun menegur keberkesanan kuarantin dirumah.. Bila tahap sistem kesihatan kita melemah, Jumlah pesakit yang ditempatkan di ICU dan mendapat bantuan pernafasan juga meningkat dengan ketara.. Begitu juga dengan Kematian.. Ianya cukup membimbangkan.. Itu sebabnya pesakit terpaksa dilepaskan awal untuk menampung pesakit lain yang menunggu..
Di Singapura, Ketika mereka menyaring semua pekerja asing Mereka.. lebih 55 ribu Kes, Tak Sampai 8 Kematian bertambah… Malagnya kita sudah melepasi 700 Kematian ..Pertambahan 600 Kematian hanya melibatkan gelombang ke 3.. Ia menandakan sistem kesihatan kita sudah dalam keadaan lemah atas kegagalan Kerajaan… Jadi yang Dharurat itu Kabinet dan Menteri yang mebawa Dharurat..
Aku tak faham kenapa Kerajaan berbangga meletakkan pesakit di Dewan MAEPS.. Bagi aku menempatkan semua pesakit di dalam dewan terbuka, tanpa sebarang hadangan melibatkan rakyat pelbagai latar belakang, Tindakan ini tidak tepat.. ianya hanya boleh diterima jika keadaan kritikal seperti musibah Banjir besar..
Di Singapura mereka juga sediakan pusat Kuaranti di dewan besar..Tetapi dengan Tujuan Khusus bagi menyaring mereka dari laatr belakang yang sama seperti Tahanan, Pekerja Asing yang tinggal di Dormtori.. Itu pun sebahagian besar tetak kekal diletakkan di Dormiotori mereka sendiri..
Meletakkan semua pesakit bergejala ringan, Bercampur, Tanpa hadangan di dewan besar..Kawasan tertutup dan terbuka, Bagi aku ia lebih senang menyebabkan pesakit yang mempunyai Imun yang rendah terdedah..Kita tidak tahu latar belakang mereka..Lainlah ianya hanya bertujuan meletak mereka seperti pekerja Kilang atau Dromitori pekerja Asing..
Kalau dibanding dengan ditempatkan di dewan besar..rasanya lebih baik ditempatkan di rumah sendiri..Itupun ianya tetap mempunyai resiko besar, Sebab keadaan kesihatan mereka tidak dapat dinilai dengan tepat..Itu yang berlaku kepada Anggota PDRM yang meninggal Dunia semalam dalam tempoh Kuarantin kendiri..
Lihat China.. Bila mereka buat penempatan dan Hospital Baru.. Mereka buat Pecahan Bilik..Bukan buat ruang terbuka… Ruang terbuka hanya jika keadaan itu kritikal..Bau baru ini China membina lebih 1000 Bilik hanya dalam beberapa hari.. Pelik kita di Malaysia tempatkan pesakit di dewan secara terbuka, sambil bermain Tiktok beramai ramai..
Ada banyak bagunan dan Hotel yang ditutup..Yang berhenti Operasi boleh dimanfaatkan..boleh diubah suai..Berapa banyak Hotel tidak beroperasi tetapi tak dimanfaatkan langsung, Kuasa Dharurat pun tidak membawa apa apa makna untuk mengambil alih apa apa aset dan hartanah hatta milik GLC sendiri…
Jadi apa boleh buat..Inilah cara Kerajaan tebuk atap yang Allah Zahirkan kejahilan mereka memerintah…hanya seorang Mufti diutara saja mengatakan ini gambaran Kerajaan yang mendapat rahmat Tuhan… 😉