LEBAI MEMANG PAKAR MENYESATKAN ORANG

 




LEBAI MEMANG PAKAR MENYESATKAN ORANG

Samada benar atau tidak, 'ajaran ibu Yati' itu wujud, sesat atau tidak, terserah kepada Majlis Fatwa. Bukan terletak kepada lebai Tontowi yang yang terkenal dengan kisah 'Pay Per View" di German dulu.

Kalau beri kuasa menghukum orang lain sesat, memang ini kepakaran dan kegemaran puak lebai. Umno pernah dituduh sesat bahkan kapir, oleh puak penjual agama ini. Sesiapa yang tidak ada kad ahli parti lebai, nanti mati akan ditanya, 'mana bukti kamu ahli lebai?". Kalau ada, laju masuk syurga. Kalau tiada, siaplah kena campak ke neraka. Ada lebai yang bawa ajaran sedemikian dalam kuliahnya. Sesat atau tidak? Tentulah tidak, sebab datangnya dari lebai.

Ada sekor kebai dari Utara, dalam kuliah di masjid juga sebut, "Kalau Kak Wan (Wan Azizah) tidak sokong RUU 355, nanti mati, kami tanam dalam jirat". Maksud dia, mati kapirlah. Bila murobbi mereka, Hadi anak Awang senduri bila diberi ruang untuk bawa usul RUU Akta 355 dalam Parlimen, beliau sendiri minta tangguh, tidak mahu bahas usul yang dia bawa sendiri. Kalau tidak sokong RUU 355 pun boleh mati tanam jirat, gamaknya apa yang Hadi buat tu kalau mati nak buat macam mana? Langsung tak payah tanam di mana2 kot? Atau campak di laut Marang saja? Ajaran lebai Utara itu sesat ke tidak? Tentulah tidak, sebab datangnya dari ahli syurga.

Sebab itu, aku tidak pelik kalau pak-pak lebai ini berbuat sesuka hati mereka menyesatkan orang. Sewaktu mereka lawan Umno dulu, mereka tuduh Umno Kapir, Umno pula tuduh mereka sesat. Muhyiddin terang-terang sebut

' Pas Parti Ajaran Sesat". Kini, kesemua mereka berada dalam tong najis bersama.

Negara lain sibuk pulihkan ekonomi dan banteras Covid19, lebai sibuk nak menyesatkan orang.

WFAUZDIN NS