Durian runtuh untuk menantu Muhyiddin?

 

Durian runtuh untuk menantu Muhyiddin?

Di kala perlumbaan untuk mendapatkan kontrak konsesi NIIS semakin membara, bayangan menantu perdana menteri memayungi kontroversi

Description: https://www.themalaysianist.com/content/images/2020/12/klia2-work-in-progress-2014-04-14-0008-1.jpg

Selamat datang ke The Malaysianist, suratberita yang mencabar dan menyiasat komplot wang dan kuasa demi anda. Ruangan ini bebas daripada tekanan mereka yang  berkepentingan dan kami utuh bersama akar umbi masyarakat.

Isu utama hari ini berkenaan dengan menantu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Muhamad Adlan Berhan, dan pengaruhnya terhadap konsesi Sistem Integrasi Immigresen Kebangsaan (NIIS) yang bernilai RM1.2 billion.

Walaupun masih dibelenggu keraguan, khabar-khabar yang bertiup semakin kencang mengatakan bahawa bahawa syarikat teknologi Iris Corp Bhd menerajui perlumbaan tender NIIS tersebut.

Namun tumpuan utama kami bukanlah kepada siapa yang akan akhirnya merangkul projek NIIS tetapi kepada tangan-tangan gelap yang sedang giat bersedia untuk mengaut keuntungan lumayan daripada konsesi tersebut dan juga mengawal nilai strategiknya – keselamatan negara pertiwi.

Kontrak NIIS yang sedia ditawarkan adalah untuk menempah, membina dan memasang sistem kawalan immigresen baru yang akan digunapakai di semua pintu-pintu masuk negara termasuklah di lapangan-lapangan terbang dan juga setiap laluan rasmi darat. Disamping itu, kontrak penyelenggaraan yang berasingan juga ditawarkan semestinya akan menjamin kelansungan ekonomi penerima tender terbabit.

Dalam keghairahan bidaan, satu nama iaitu nama Muhamad Adlan Berhan telah banyak disebut oleh sumber-sumber dalaman seperti syarikat-syarikat pembida sejak daripada awal penyisytiharan pembukaan permohonan RFP (request for proposal) pada tahun lepas oleh Muhyiddin yang merupakan Menteri Dalam Negeri kerajaan Pakatan Harapan pada ketika itu. Khabarnya, Adlan berminat untuk membida sama ada secara langsung ataupun melalui kerjasama dengan pihak lain.

Sungguhpun peranan ahli perniagaan tersebut sukar dibuktikan, bayangan pengaruhnya banyak kelibat di dalam pertimbangan kontrak NIIS. Terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa tidak kira siapa yang dianugerahkan tender tersebut, Adlanlah pemenang sebenarnya.

Pertamanya adalah kerana beliau mempunyai hubungan dengan hampir setiap pembida. Contohnya Orenda Sdn Bhd yang dimiliki penuh oleh Maju Holdings Bhd di bawah kawalan Abu Sahid Mohamed, ahli korporat yang terkenal membantu Dr Mahathir Mohamad menyelamatkan Perwaja Holdings Bhd.

Semasa Adlan terlibat di dalam syarikat pelaburan Australia Chapmans Ltd, Abu Sahid muncul menjadi pemegang saham penting Chapmans selepas membeli pegangan sebanyak 5% pada 2017.

Keduanya adalah hubungannya bersama S5 Holdings yang juga dikatakan antara calon yang cerah berpeluang mendapatkan tender NIIS. S5 Holdings, dikatakan sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan dipegang oleh S7 Holdings Sdn Bhd (76.38%), Merrington Assets Ltd (10%), MyEG Capital Sdn Bhd (10%) dan Avocat Sdn Bhd (3.62%).

Adlan dan Lim Beng Guan (yang juga merupakan satu-satunya pengarah dan pemegang saham Avocat), bersama terlibat di dalam Agathistwo Jio Sdn Bhd dimana Lim merupakan seorang pengarah manakala Adlan merupakan seorang pemegang saham dan bekas pengaarahanya sehingga 21 September 2018.

Semakan ke atas Merrington Assets Ltd pula mendedahkan bahawa Merrington Assets Ltd dimiliki oleh Vent Millions Sdn Bhd and Barolagun Sdn Bhd, dua entiti British Virgin Island. Satu lagi anak syarikat S5 Holdings iaitu S5 Systems Sdn Bhd juga mempunyai pemilik luar pesisir, NSA Technology (L) Inc.

S5 Holdings juga akan melaksanakan pengambil alihan terhadap Ancom Logistics Bhd (ALB), salah satu daripada tiga entiti tersenarai yang dikawal oleh Siew Ka Wei, rakan kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Siew dikatakan rapat kepada Syed Mohamad Hafiz Syed Razlan, seorang lagi ahli korporat di dalam S5 Holdings dan menggalas jawatan pengarah di dalam anak syarikat S5. Bapa kepada Syed Mohamad Hafiz, adalah wakil rakyat Arau, Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang menyertai Bersatu daripada Umno pada 15 Julai 2018 dan merupakan adik kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail

Secara “kebetulan”, doktor Muhyiddin, Ampikaipakan S Kandiah juga telah dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif ALB pada 24 Julai tahun ini.

Struktur pegangan saham S5 Holdings yang amat rumit, samar dan berahsia tidak seperti konsortium yang biasa telah menjadi tanda tanya, bukannya untuk kali yang pertama.

Pada Julai 2016, Goodway Integrated Industries telah bercadang untuk membeli S5 Holdings untuk nilai RM900 juta. Harga pembelian tersebut akan dicerminkan melalui pengeluaran saham-saham baru bagi pembuat barangan getah yang disenaraikan tersebut.

Tujuh bulan kemudian, urusniaga tersebut gagal kerana “masa tambahan yang diperlukan untuk mempertingkatkan taraf pendedahan dan pemberian maklumat yang diperlukan.”

Perkara tambahan yang harus diketengahkan berkenaan S5 Holdings adalah kerana S5 Holdings merupakan kontraktor semasa konsesi kelulusan keselamatan immigresen.

Menurut laporan Jawatankuasa Akaun Umum Kerajaan (PAC) pada tahun 2017 mengenai Sistem Immigresen Malaysia (MyIMMs), yang akan digantikan dengan program NIIS, RM105 dikenakan ke atas setiap pekerja asing yang dibawa masuk ke dalam negara.

MyIMMs, telah digambarkan kini seperti satu bencana kepada negara. Sistem berkenaan yang juga diselenggara oleh Haitech Padu Bhd dan menelan belanja hampir RM600 juta (semenjak tahun 2010) menurut laporan 2017 PAC telah diganggu dengan masalah ketidak-stabilan dan penutupan sistem serta pelbagai kejadian sabotaj.

Malah pihak berkuasa juga dikatakan tidak dapat mengesahkan atau mengenal pasti ribuan pendatang asing yang telah masuk dan keluar negara ini menurut penemuan PAC dan Jabatan Audit Negara.

Sebagai contoh, pada tahun 2016 laporan-laporan berita mendedahkan bahawa sistem MyIMMS terdedah kepada gangguan bekalan tenaga yang membolehkan pelbagai sindiket haram untuk mengambil kesempatan menyalurkan lebih daripada RM1 billion keluar daripada negara.

Disamping itu juga, peluang seperti itu telah digunakan oleh kumpulan seperti pengganas dan penyeludup manusia untuk keluar masuk negara pada saat berlakunya  kegagalan tenaga tersebut. Laporan ini disangkal oleh Menteri Dalam Negeri pada ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut laporan Katua Audit Negara bagi tahun 2018 siri ketiga, MyIMMs didapati tidak boleh mengenal pasti 198,479 pendatang asing yang telah masuk kedalam negara sehingga April tahun ini melalui pelbagai pas tempoh-panjang immigresen.

Lebih terkini, PAC menemui bahawa integrasi di antara MyIMMs dan sistem-sistem lain kerajaan lemah sehingga menyebabkan pelbagai agensi kerajaan tidak berupaya untuk berkongsi dokumen dan data sesama mereka. Kelemahan ini telah membawa kepada penggunaan orang tengah dan membenarkan aktiviti-aktiviti jenayah seperti penyalahgunaan dan pencurian data peribadi individu untuk permohonan kuota palsu di bawah MyIMMs untuk berlaku.

Walaupun laporan polis dikatakan telahpun difailkan oleh Wong Kah Woh selaku pengerusi PAC, tetapi sehingga kini tiada hasil penyiasatan telah dikeluarkan.
Kesemua ini kekal menjadi tanda tanya bagi sistem NIIS yang baru. Bergantung kepada siapa yang akan diberikan tender terbabit oleh kerajaan, NIIS berada di dalam bahaya untuk kembali mengulangi kegagalan sama sistem lampau.

NIIS telah dicadangkan oleh Muhyiddin selepas pembatalan Sistem Kawalan imigresen Nasional (SKIN) yang terdahulu kerana kosnya yang terlalu tinggi. Anggaran kos bagi NIIS adalah pada lingkungan RM1.2 billion, penjimatan sebanyak 66% daripada belanjawan RM3.5 billion yang telah dibelanjakan bagi SKIN.

Prestariang Bhd yang telah diberikan kontrak SKIN melalui perundingan terus oleh kerajaan Barisan Nasional pada 2017 sedang menyaman Putrajaya untuk pampasan sejumlah RM732.86 juta.

Tetapi RFP yang dipinta oleh kerajaan membenarkan pembidaan projek NIIS oleh syarikat-syarikat konsortium. Penerbitan dagang The Edge melaporkan pada 24 Ogos bahawa Iris juga  telah membida melalui satu konsortiumnya yang ditubuhkan bersama S5 Holdings (yang juga membida secara langsung).

Beberapa pembida telahpun menyuarakan bahawa berlakunya campur tangan politik di dalam proses ini dan tambahan pula dengan cap jari menantu Muhyiddin yang membayangi proses dan juga konsesi ini, jika campur tangan politik sekali lagi terbukti benar ataupun menjadi lebih ketara, bukan sahaja para rakyat Malaysia akan melihat wang negara diboroskan sekali lagi tetapi akan terpaksa berdepan ketakukan bahawa keselamatan negara sudahpun tergadai ditangan para kroni dan sindiket yang mengejar keuntungan mudah.


EDITOR'S NOTE: THIS ARTICLE IS THE MALAY TRANSLATION OF IN THE SHADOWS

 

No comments: