Di Port Dickson hari ini bagi melakukan beberapa tugasan dan
lawatan kerja.
Lokasi pertama yang saya kunjungi adalah tapak sarang burung
walit di Tanjung Agas yang diusahakan oleh syarikat NESQ diketuai saudara Zamri
Abu.
Ini adalah industri yang sangat-sangat bernilai untuk diusaha
dan dirancakkan oleh rakyat Malaysia sekaligus dapat meningkatkan ekonomi
tempatan.
Seterusnya saya ke sekitar Sunggala bagi program ziarah
kebajikan rumah ke rumah.
Untuk kali ini empat buah rumah saya kunjungi bagi bertanya
khabar serta memberikan bantuan berupa keperluan asas kepada yang memerlukan.
Semoga mereka sentiasa dilindungi, dilimpahkan rezeki dan
dipermudahkan urusan.
Singgah sebentar di warung Yoi Mesra di Pantai Nelayan, Port
Dickson untuk minum petang bersama Pegawai Daerah.
Antara menu istimewa di sini adalah laksa, roti arab dan ABC
Gunung Jerai.
Kepada pengunjung jangan lupa singgah apabila datang ke Port
Dickson.
Menyerahkan sumbangan beg sekolah sempena program "Kembali
Ke Sekolah" bagi tahun 2021 di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson.
Seramai 200 penerima mendapat manfaat dari inisiatif yang
digerakkan Persatuan Kebajikan & Pendidikan Bumi Hijau dengan kerjasama
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson.
Saya ucapkan selamat kembali ke sekolah buat anak-anak. Semoga
mereka fokus pelajaran dan cipta kecemerlangan.